Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 29, 2025 @ 3:49pm

“Senyum Pada Yang Baik, Jeling Pada Yang Jahat” – Nur Fazura

Seorang individu wanita mempersoalkan bagaimana pelakon dan usahawan, Nur Fazura kekal positif menjalani kehidupan hariannya meskipun namanya hangat menjadi perbualan ramai di media sosial.

Menerusi platform Threads, individu wanita itu memuji Fazura kekal tenang dan matang mengatasi masalahnya.

“Macam mana eh Fazura hadap semua ni. Nampak so cool dan matured. Love the way she handle her problem. So positive,” tulis individu berkenaan.

Aktres filem popular Manisnya Cinta Di Cappadocia membalas pujian dengan berkongsi tips caranya menangani segala ujiannya.

“Pasang aircond, pakai make up, flip tudung, jalan terus, senyum pada yang baik, jeling pada yang jahat. Have a good day!,” balasnya.

Sebelum ini, bekas isteri aktor Fattah Amin ini menjadi tumpuan selepas syarikat tudung keluarannya FAZURA terpalit dakwaan berhutang lebih RM4 juta dengan sebuah syarikat.

Namun begitu, Fazura sehingga kini masih tidak memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Artikel Berkaitan: Pembekal Tudung Dapat Cek Tendang, Dakwa Syarikat Tudung Fazura Berhutang Lebih RM4.65 Juta?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 10 Apr 2019

Kes Kehilangan Ashraf (Acap), Pihak Polis Nafi Acap Berada Di Johor

Acap dikatakan selamat ditemui di Muar, Johor.

Trending Thu, 26 Nov 2020
Trending Tue, 24 Apr 2018

Jiran Sangka Wanita Itu Dah Meninggal Rupa-Rupanya…

“Lantai bilik itu juga dipenuhi najis serta berbau busuk. Saya kemudian memanggil jiran lain dan kami sepakat menghubungi polis untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.

error: Content is protected !!