Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 5, 2025 @ 5:56pm

Pembekal Tudung Dapat Cek Tendang, Dakwa Syarikat Tudung Fazura Berhutang Lebih RM4.65 Juta?

Syarikat pengilang tudung, Feline Malaysia mendakwa syarikat milik aktres popular dan usahawan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin berhutang lebih RM4.65 juta.

Menerusi dokumen pernyataan tuntutan yang dilihat oleh The Rakyat Post, Obor Holding Sdn Bhd, pemilik kilang Feline Malaysia mendakwa syarikat Pink Fate Sdn Bhd, di mana Fazura selaku pengasas bersama telah dibekalkan tudung bernilai lebih RM7.33 juta sejak Jun 2022.

Namun, sehingga kini, Obor Holding mendakwa hanya RM2.68 juta telah dijelaskan dan bakinya sebanyak RM4.65 juta masih belum dilangsaikan.

Dakwa syarikat itu lagi, mereka mula berdepan kesukaran untuk menuntut bayaran sejak Disember 2023.

Lebih mengejutkan, dalam dokumen berkenaan turut disenaraikan Fazfit Sdn Bhd (pengeluar produk penjagaan diri Fazura Skincare), abang kepada selebriti itu iaitu Ahmad Faiz Sharifuddin dan Fazura sendiri sebagai defendan dalam tuntutan saman berkenaan.

Obor Holding mendakwa hutang itu merangkumi lima pesanan tambahan bernilai RM3.6 juta yang dibuat pada Jun dan September 2024, meskipun pada waktu itu masih terdapat tunggakan lama yang belum diselesaikan.

Difahamkan, Faiz didakwa memberi jaminan pesanan tambahan tersebut ditempah khas oleh Kementerian Pendidikan bagi inisiatif Koleksi Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang berlangsung pada Julai 2024.

Faiz dan Fazura didakwa turut memberi keyakinan kepada pihak pengilang mereka sedang menerima bayaran daripada beberapa projek kerajaan terdahulu, selain memiliki kerjasama strategik bersama syarikat ternama seperti BOH Plantations, Hotel Movenpick dan Institut Kanser Negara (IKN).

Disebabkan yakin dengan jaminan itu, pihak Feline bersetuju untuk meneruskan pengeluaran pesanan tambahan dan kali ini penghantaran dilakukan kepada syarikat Fazfit Sdn Bhd.

Namun, tiada sebarang bayaran diterima walaupun produk telah dihantar.

“Jumlah tertunggak keseluruhan kini mencecah RM4,650,029.14,” jelas kenyataan tuntutan itu.

Obor Holding turut mendakwa mereka ada menerima sekeping cek bernilai RM1 juta bertarikh 3 September 2024 yang ditandatangani oleh Fazura dan Faiz.

Namun, cek tersebut gagal ditunaikan (cek tendang) dan pihak bank mengeluarkan notis Return Cheque Advice.

Segala transaksi itu berlaku ketika Fazura masih memegang jawatan sebagai pengarah syarikat Pink Fate.

Difahamkan, Fazura hanya melepaskan jawatan itu pada Januari 2025, namun Faiz kekal sebagai pengarah hingga kini.

Sumber: The Rakyat Post

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Feb 2023

KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Fuh! Tak sabarnya nak dengar KJ dekat Bekpes Hot nanti!

Events Mon, 17 Feb 2025
Featured Sat, 7 May 2022

“Kak Iti Boleh, Tokti Boleh…” – Ini Respons Siti Nurhaliza Mengenai Isu Panggilan Nama

Siti sendiri tak kisah nak panggil beliau Tokti dan isu ini hanya perkara remeh baginya…

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Kerjaya Makin Lancar Lepas Bertudung, Fouziah Gous Mohon Netizen Doakan Sesuatu?

Ibu kepada Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusof ini meminta agar para peminat mendoakan agar dia terus istiqamah.

Trending Mon, 4 Mar 2019

Pemain-pemain Jepun ini membersihkan kawasan sekolah di Malaysia. Alamak, segannya!

Kanak-kanak di negara itu memang dilatih jaga kebersihan sejak kecil

Featured Mon, 29 May 2023
Trending Wed, 18 Apr 2018

Apa Salah Anak Saya? Nora Danish Kesal Baby Ney Ney Pula Jadi Mangsa Buli Siber

Aktres Nora Danish kesal apabila anaknya iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau dipanggil Ney Ney yang kini berusia dua bulan turut menjadi mangsa buli siber.

error: Content is protected !!