Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 13, 2022 @ 7:42pm

Lebih Daring Selepas Bergelar ‘Miss J’? Nad Zainal Jawab Status Hubungan Dengan Ungku Ismail -“Kami Memang Nak Kantoikan Diri”

Pelakon popular, Nad Zainal sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan lebih ‘daring’ selepas bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak sejak sebulan yang lalu,

Malah, rata-rata warganet beranggapan Nad dilihat semakin seksi bukan sahaja dari segi pemakaiannya malah, dalam lakonannya juga.

Menjawab isu yang dilemparkan, Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32 berkata, dia berperwatakan seksi adalah disebabkan tuntutan kerja dan gayanya sekarang masih sama dengan gaya sebelum berpisah dengan bekas suaminya.

“Nad tak pernah menganggap diri seksi, sebaliknya bergaya mengikut tuntutan watak. Sebelum berpisah, itulah gaya, tetapi netizen memberi perhatian selepas bercerai,” katanya.

Sementara itu, Nad juga tampil menjawab status hubungannya bersama pelakon, Ungku Ismail apabila kedua-duanya kerap dilihat bersama malah, kekerapan mereka membuat hantaran di Instagram mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang mengatakan kononnya pelakon ini sedang hangat bercinta.

“Dengan Ungku memang tak ada apa-apa. Sekarang saya sedang mengusahakan satu saluran YouTube. Sebenarnya dia mula tawarkan dari awal tahun.

“Jadi, kami ada visi dan misi yang sama iaitu nak buat kandungan YouTube, travelog dan nak ada syarikat bersama. Jadi, harapnya ia terjadi. Kami juga ada perancangan nak terbitkan telefilem bersama. Banyak kerjasama dan projek.

“Ketika pergi Bali, pembantu peribadi saya pun ikut. Malah, kalau kami keluar memang akan cakap keluar bersama, tak ada masalah. Bukan nak bercinta, kami pergi memang akan cakap tak ada nak selindung. Jadi, tak ada istilah pergi bercuti sebab nak ‘kantoi’, itu tak. Kami pergi memang nak ‘kantoikan’ diri pun dan nak orang tengok,”  jelasnya.

 

Tambahnya lagi, dia mula bekerjasama dengan pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu ketika sama-sama terbabit dalam penggambaran drama Cina Buta baru-baru ini.

“Kami mudah ‘ngam’ sebab dia ada misi dan seorang yang bekerja keras. Saya juga minat untuk menulis dan mengarah jadi kami ada satu persamaan. Dari segi lakonan juga lebih kurang sama jadi ia senang.

“Memang sejak Cina Buta. Ini kerjasama pertama kali kami. Kalau ikut memang banyak kali dah nak kerjasama tapi tak dapat. Bila dia ada tawarkan dan saya rasa ada keserasian saya pun terima sebab memang dah lama nak buat kandungan YouTube cuma tak ada platform. Tapi disebabkan dia ada jadi kami buat,” katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Riak Tapi Saya Rasa Lebih Tenang…”- Nad Zainal Ulas Isu Perceraian, Akui Berat Badan Pun Makin Bertambah

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Nak Tunjuk Alim!”- Nad Zainal Akui Lebih Selesa Pakai Baju ‘Baggy’ Masuk Gym

ARTIKEL BERKAITAN: Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepada…

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Pihak Ketiga..” – Nad Zainal Perjelas Isu Video Tular

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Isu Cerai, Video Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga Viral – “If Tak Ada Hati, Cakap Terus Terang… Tak Payah Tipu”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 7 Tahun Berkahwin, Nad Zainal Sah Bercerai

 

Sumber: Rotikaya, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 May 2023
Hiburan Wed, 22 Aug 2018

“Pakai Jangan Seksi Sangat Please” – Netizen Kecam Zizi Kirana Kerana Suka Tunjuk Aset

Zizi Kirana sering mendapat kecaman kerana dilihat suka berpenampilan seksi

Hiburan Wed, 5 Jul 2023

[VIDEO] Berlakon Spontan, Ramai Mahu Fazura & Lisa Surihani Berganding Semula – “Teringat Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia!“

Eh… Ifti dengan Izelea ke tu? Tolong berlakon jadi adik beradik lagi pleaseeee 🤣

Trending Thu, 28 Apr 2022
Featured Sun, 11 Nov 2018

Ketahui Bahagian Ayam Yang Paling Tinggi Protein & Berkhasiat

Kalau nak kurus, kenalah tahu bahagian ayam mana yang patut dikurangkan dan dilebihkan agar diet lebih seimbang.

Featured Thu, 22 Dec 2022

Dianggap Playboy, Qi Razali Ambil Masa Rawat Hati – “Tidak Adil Untuk Wanita Itu…”

Bukan senang nak cari pasangan hidup kan.. So, choose wisely!

Featured Thu, 7 Sep 2023
error: Content is protected !!