Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 7, 2022 @ 7:48pm

“Bukan Riak Tapi Saya Rasa Lebih Tenang…”- Nad Zainal Ulas Isu Perceraian, Akui Berat Badan Pun Makin Bertambah

Selepas berita perceraiannya mengejutkan ramai pihak, pelakon Nad Zainal mengakui dia kini lebih tenang dengan kehidupannya sekarang.

Malah, sebagai ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, tetap berasa gembira apatah lagi hubungannya dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amiruddin masih baik.

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 7 Tahun Berkahwin, Nad Zainal Sah Bercerai

Bagaimanapun, pengakuannya itu bukanlah bermaksud dirinya riak dengan status baharu yang dipegangnya.

“Kehidupan saya kini lebih gembira sampai berat badan saya bertambah dua kilogram.

“Bukan nak cakap riak sebab tidak terkesan dengan perceraian ini, namun saya rasa lebih tenang.

“Anak-anak berada bawah penjagaan saya. Hubungan dengan bekas suami juga okey,” katanya.

Nad berkata, dia tidak gemar untuk berkongsi kisah perceraiannya kerana ia bukanlah perkara yang seronok untuk diceritakan kepada umum.

“Saya tak mahu kongsi terlalu banyak hal peribadi kepada umum. Saya perlu menjaga hati banyak pihak, keluarga saya sendiri pun tidak gembira jika saya bercerita terlalu banyak.

“Perceraian ialah perkara yang sedih untuk dikongsi. Kalau boleh nak kongsi lebih banyak tentang kerjaya. Bagi saya tak penting,” jelasnya.

Sementara itu, Nad menegaskan buat masa sekarang tidak timbul isu mahu mendirikan rumah tangga buat kali kedua kerana ia masih belum difikirkan.

“Buat masa sekarang tak terfikir perkahwinan kedua atau ketiga. Saya kini fokus dengan kerja dan ingin lakukan sesuatu yang belum pernah direalisasikan sebelum ini.

“Kita mampu merancang sahaja dan tidak akan pernah tahu bahawa jodoh berakhir di situ. Usia pun sudah meningkat, jadi perlulah hadap semua ini dengan cara yang matang,” jelasnya.

Terdahulu, Nad Zainal berkahwin dengan bekas suaminya, Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini berusia setahun.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Isu Cerai, Video Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga Viral – “If Tak Ada Hati, Cakap Terus Terang… Tak Payah Tipu”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tiada Pihak Ketiga..” – Nad Zainal Perjelas Isu Video Tular

ARTIKEL BERKAITAN:Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepada…

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Dec 2024
Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Tahniah! Comelnya #Mambonom5 Johan dan Ozlynn

Johan turut menulis caption beserta tanda pagar #mambonom5, comel betul! Tahniah daripada kami buat seluruh keluarga Johan dan Ozlynn Wati. 

Trending Sun, 21 Apr 2019

‘Suruh Anak Aku Ke Depan Kelas Dan Buka Baju…’- Netizen Dakwa PU Abu Pernah Buli Anaknya Di Sekolah

Susulan kes penceraian PU Abu Sufyan dengan isterinya Ain Afini yang kini tular di media sosial, nampaknya lebih ramai individu tampil mendedahkan sisi lain yang tidak diketahui mengenai ‘ustaz’ viral ini.  Menerusi laman FB seorang […]

Trending Wed, 1 Aug 2018

Gempar! Mayat Lelaki Terbaring Di Landasan LRT

Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

Trending Tue, 22 Feb 2022

Farahdhiya Pilih Rapper Korea Selatan

Penyanyi Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 38, mengambil keputusan untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza apabila muncul dengan single terbaru berjudul Tewas. Lagu Tewas yang bergenre Electronic Dance Music (EDM) menggunakan tiga bahasa […]

Filem Thu, 2 Nov 2023
Trending Mon, 14 Nov 2022
error: Content is protected !!