Genap seminggu pemergian ibu tercinta, pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya meluahkan rasa sebaknya apabila berkongsi hantaran terkini di platform media sosialnya.
Menurut Scha, tiada kata yang mampu menggambarkan kehilangan yang dirasainya pada ketika ini sekaligus mengambil peluang untuk mengenang pengorbanan ibu tersayang.
“Tiada kata yang mampu menggambarkan kehilangan ini, tapi saya nak ambil peluang ini untuk mengenang seorang wanita luar biasa yang telah memberikan saya kehidupan, kasih sayang dan erti kekuatan.
“Kepada Mama tersayang, awak adalah sumber yang memberikan saya petunjuk, orang kepercayaan saya, my biggest cheerleaderdan kawan baik saya. I will carry your love, values and laughter in my heart forever.
“Semoga Allah merahmati mama dan tempatkan mama di syurga tertinggi,” coretnya.
@officialsherilaida Kembalinya kerahmatullah Ibu Scha AlYahya , ALLAHYARHAMAH HJH JUNAINAH HASHIM . Alhamdulillah , 🤲🕋❤️Awal Scha sekeluarga semoga di dlm rahmat kasih ALLAH SWT dlm Agama Dunia Akhirat , Aamiin . Sy sempat merakamkan sedikit ucapan Awal selesai bacaan Talqin dan Tahlil. Dgn rasa dukacita dan sedih di atas kehilangan Ibu / Ibu Mertua / Kakak Ipar yg dikasihi. #awalashaari #schaalyahya ♬ original sound – Sheril Aida Al Yahya
Dalam pada itu, Scha juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kata-kata semangat dan sokongan terhadapnya sepanjang tempoh berduka.
“Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan kata-kata semangat dan doa diwaktu yang cukup mencabar ini.
“Semangat yang diberikan mengingatkan saya tentang kekuatan yang Allahyrahamah Junainah Hashim ada sehingga nafas terakhirnya,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, suaminya yang juga pengacara popular, Awal Ashaari turut meninggalkan komen dan menitikan kata-kata semangat buat isterinya.

Terdahulu, ibu Scha dilaporkan menghembuskan nafas terkahirnya di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 9.40 pagi, 7 Disember lalu.








