Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal December 3, 2022 @ 3:34pm

Utamakan Kerjaya Berbanding Jodoh, Dah 6 Tahun Nabila Razali Tak Bercinta

Penyanyi Nabila Razali masih belum mempunyai kekasih hati kerana ingin mengutamakan kerjaya dalam bidang seni.

Menurut gadis yang mesra disapa Bella, perjalanannya di dalam industri bukan suatu perkara yang mudah dan sayang untuk dilepaskan jika sudah terikat dengan hubungan percintaan.

“Saya masih fokus dengan kerjaya. Sebab awal niat masuk industri ini adalah untuk teruskan kerjaya nyanyian. Sebab ketika saya bermula bukannya senang, perjalanan saya pun tidaklah semudah orang lain.

“Saya pasti ada yang lebih susah lagi daripada saya, cuma untuk saya sendiri, sayang untuk tinggalkan karier ni buat masa sekarang.

“Sebab banyak benda yang saya lalui sebelum ini, ada banyak lagi goal yang saya belum capai dalam industri seni ini,” katanya kepada XTRA.

Jelas Bella, hampir enam tahun dia tidak menjalin sebarang hubungan cinta kerana ingin fokus pada kerjaya.

“Ada yang cuba untuk mengenal hati budi saya, namun ia tidaklah sehingga ke peringkat yang serius kerana saya terlalu sibuk akan tuntutan kerja,” katanya.

Nabila ditemui pada sidang media pelancaran lagu Aku Terluka yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Muzik video Aku Terluka boleh ditonton di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment dan boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Joox, Apple Music, KKBOX, Deezer dan Youtube Music  bermula 7 Disember ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

张祖诚比赛唱一半中断!全场评审傻住

大马创作歌手张祖诚在24日播出《不凡的改变》中,致敬周蕙《好想好好爱你》,他的微醺嗓音,让所有评审包括原唱周蕙都按铃通过。没想到当最后一位评审按铃,全场灯亮时,张祖诚却突然停下来傻笑,引起现场一片惊呼。

Konsert Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Deja Moss Buntu Suami Mahu Cerai Tanpa Alasan

Saya tidak tahu puncanya kerana sebelum dia keluar rumah itu hubungan kami baik. Sebulan lepas dia keluar, dia mula mesej saya bukan-bukan…

Hiburan Tue, 30 Apr 2024
Featured Sat, 30 Oct 2021

BKM 2022: Ini Mungkin Berita Baik Buat Golongan Bujang Dan Belia

Bagi mereka yang ketinggalan untuk mengikuti Pembentangan Belanjawan 2022 semalam, ini adalah antara keistimewaan yang akan diberikan kepada golongan belia dan bujang di Malaysia. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 300 juta melalui Program eStart iaitu […]

error: Content is protected !!