Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 17, 2025 @ 3:01pm

Drama Bersiri ‘Keluarga Itu’ Tersenarai Sebagai Calon Top 10 Kategori ‘Drama Paling Viral’ OhBulan!

Buat pertama kalinya, OhBulan! bakal menghangatkan platform TikTok Live pada 19 Disember ini menerusi acara “OhBulan! Paling Viral Online” yang menampilkan tujuh kategori menarik bagi menghargai fenomena paling tular pilihan penonton.

Lebih menarik, drama Keluarga Itu yang disiarkan di slot Lestary TV3 turut mencuri perhatian apabila menerima sambutan luar biasa daripada penonton dan kini tersenarai dalam kategori “Drama Paling Viral” di acara tersebut.

Acara OhBulan! Paling Viral Online diwujudkan sebagai penghargaan kepada individu dan karya yang berjaya mencipta fenomena tersendiri dalam dunia hiburan digital. Anugerah ini merangkumi pelbagai bidang seperti selebriti, pempengaruh, pencipta kandungan, usahawan, muzik, drama serta komuniti kelab peminat.

Sebanyak tujuh kategori akan dipertandingkan, iaitu Anugerah Utama OhBulan! Paling Viral Online, Selebriti Paling Viral, Digital Content Creator Paling Viral, Usahawan Paling Viral, Lagu Paling Hot (kolaborasi bersama Hot FM), Drama Paling Viral, dan Kelab Peminat Paling Viral.

Antara drama yang tercalon dalam kategori “Drama Paling Viral” termasuk Aku Bukan Ustazah 2, Bidaah, Bukan Sekadar Lafaz 2, Dia Imamku, Keluarga Itu, Langit Ke Tujuh, Sekam Di Dada, Seribu Tahun, Wok, dan Teratak Kasih Salina.

Tempoh undian untuk OhBulan! Paling Viral Online telah dibuka sejak 29 September lalu dan akan berakhir pada 25 November 2025. Setiap peminat boleh membuat sehingga 50 undian sehari. Lima calon teratas akan diumumkan pada 1 Disember sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam secara langsung di TikTok Live.

Untuk maklumat lanjut dan undian penuh, orang ramai boleh melayari laman rasmi di www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline

Sebagai info, drama Keluarga Itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Puteri Balqis dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Aug 2024
Featured Fri, 25 Jul 2025

[VIDEO] Qistina Raisah Sebak Terima Bunga Pertama Dari Kekasih, Dedah Pernah Dikecewakan 13 Lelaki

Qistina secara terbuka mendedahkan sebelum ini dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan ramai lelaki.

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Pasangan Diraja Ini Pilih ‘Lubuk’ Zika Untuk Bulan Madu?

Duke dan Duchess akan mendapat nasihat di peringkat tertinggi sebelum membuat keputusan dan merancang perjalanan.

Trending Wed, 9 Oct 2019

Neeta and Hanbyul Hugging Made Netizens Uncomfortable

Netizens got weird out by Neeta and Hanbyul hugging, but didn’t bat an eye when Muslim actors and actresses do so in dramas.

error: Content is protected !!