Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 29, 2023 @ 5:17pm

[VIDEO] “Kaki Akan Naik Dulu, Saya Bukan Jenis Orang Yang Reda & Pasrah” – Madammu Jawab Soalan Cepumas Kalau Suami Nak Kahwin Lagi!

Usahawan produk kosmetik terkenal, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri menjawab persoalan netizen yang bertanya sekiranya suami tercinta, Muhammad Azri Che Noh mahu berkahwin lagi.

Menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok, Madammu berkata dia tidak akan boleh reda dan pasrah sekiranya benar perkara tersebut terjadi.

“Bila kita cerita tentang kalau suami saya nak berkahwin satu lagi, saya malas nak jawab sebenarnya sebab bila saya akan jawab dengan jujur. Tapi kalau saya diasak dengan soalan begitu, saya willing untuk jawab.

“Terus terang saya bagi tahu, karakter saya ni kurang sabar dan jenis orang yang tak boleh reda sebab saya kalau nak apa-apa saya akan nak jugak sampai dapat.

“Saya juga bukan jenis orang yang pasrah, saya kurang sabar dan kadang kala akan menyinga (garang). Saya jenis orang yang kaki akan naik dulu, haa tak boleh sabar dan tak pasrah,” ujarnya.

@noirnoralizaazizan

đŸ—Łïž Kalau TP nak Kahwin satu lagi Madam bg tak?? #noir #madammu #babya #fyp

♬ Rayuan Perempuan Gila – Nadin Amizah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan respons Madammu dan berada di pihak yang sama.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 600,000 tontonan, 17,000 tanda suka dan lebih 600 komen.

Sekadar info, Madammu mendirikan rumah tangga bersama Azri yang merupakan seorang duda beranak tiga.

Artikel Berkaitan: Madammu Pilih ‘Ahmad Kayden’ Sempena Nama Anak Pertama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Sep 2025

“Cukuplah Menang Di Hati Rakyat Majmuk” – Elly Mazlein Umum Tidak Lagi Sertai Anugerah

Pengacara, penyanyi, pelakon, Elly Mazlein mengejutkan ramai apabila memaklumkan dirinya sudah tidak mahu terbabit dalam sebarang pencalonan anugerah. Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Elly atau nama lengkapnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkata […]

Featured Thu, 12 Jun 2025

Penyanyi Rap Ditahan Seludup 86 Kilogram Dadah

Sebanyak 103 bungkusan ditemui oleh pihak berkuasa Laos.

Hiburan Mon, 15 Apr 2019
Trending Wed, 25 Mar 2020
Contest Fri, 16 Aug 2019

Menang RM2K Hanya Di #ICSYVMY !

Jom berhibur sambil menang wang tunai berjumlah RM2K!

Hiburan Sat, 17 Aug 2024
Hiburan Fri, 14 Jul 2023
Featured Tue, 21 Jan 2025

Tak Berani Beri Komen, Chacha Terkejut Dakwaan Emma Maembong Sudah Berkahwin Dengan DJ

Dakwaan juga timbul mengatakan pasangan itu telah bercuti bersama di luar negara.

Featured Tue, 1 Nov 2022
error: Content is protected !!