Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 17, 2024 @ 3:56pm

[VIDEO] Baim Wong Tetap Kunci Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Paula Berholak – “Doakan Yang Terbaik”

Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan rumah tangganya bersama isteri, Paula Verhoeven sedang bergolak.

Dengan ringkas, Baim hanya meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat perkahwinan bersama Paula yang sudah terbina selama enam tahun itu.

“Doa yang terbaik sahaja,” katanya.

Meskipun sibuk, namun Baim memaklumkan dia masih meluangkan masa bersama anak-anak.

“Setiap hari anak saya ke pejabat saya jadi bukan untuk tempat bekerja sahaja pejabat saya juga nyaman untuk anak-anak saya bermain.

“Anak-anak saya juga mahu ke pejebat saya,” ujarnya ketika ditemui XTRA di majlis ulangtahun perdana Brïk di Avenue K.

Sebelum ini, Baim dan isteri dilihat sudah tidak meluangkan masa bersama sekali gus menimbulkan khabar angin tersebut.

Tidak hanya itu, menerusi sebuah video yang dikongsikan di saluran YouTube miliknya, Baim meminta agar orang ramai mendoakan perkahwinannya.

Untuk rekod, Baim berkahwin dengan Paula Verhoeven pada 2018 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kiano, 3 dan Kenzo yang berusia, 2 tahun.

Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Didakwa Goyah, Baim Wong Kunci Mulut – “Doakan Saja Yang Terbaik Untuk Kami”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 13 Nov 2020
Hiburan Fri, 8 May 2026

“Order Barang Saya, Tapi Yang Sampai Kertas” – Risau Ramai Kena Scam Video AI Palsu, Aliff Syukri Lancar Kempen Jualan Baharu

Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan kebimbangan apabila wajah dan identitinya kini antara yang paling kerap disalahgunakan oleh sindiket penipuan di media sosial.

Kisah Viral Fri, 19 Dec 2025

Trend Mounj*ro & Oz*mpic Dalam Kalangan Artis, Ramai Terpengaruh Sebab Nak Kurus! Ini Peringatan Doktor Mengenai ‘Magic Pen’

Trend suntikan kurus ala selebriti Hollywood seperti Mounjaro kini mempengaruhi masyarakat tempatan, namun Dr Afif mengingatkan ia tidak wajar diikuti tanpa memahami risikonya.

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Ara Johari Teringin Berduet Dengan Ratu Rock Negara?

Kalau dua-dua artis ini bergabung, memang powerlah!

Hiburan Tue, 27 May 2025
Hiburan Fri, 2 Dec 2022

Pelanggan Mengamuk, Ini Penjelasan Iddin Ramli – “Saya Tak Makan Duit Haram”

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang sering tular dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah menjawab tuduhan seorang netizen yang memberikan kata-kata kurang sopan. @iddinramliiMaaf ye.♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline […]

error: Content is protected !!