Euforia Bola 2026
Hiburan By: Halimey Zamal December 2, 2022 @ 11:35am

Pelanggan Mengamuk, Ini Penjelasan Iddin Ramli – “Saya Tak Makan Duit Haram”

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang sering tular dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah menjawab tuduhan seorang netizen yang memberikan kata-kata kurang sopan.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Iddin menjawab dakwaan dilontarkan seorang pelanggan yang berang setelah membeli buku berjudul Noktah Yang Memujuk.

Pelanggan itu marah kerana buku tersebut lambat sampai dan meninggalkan review dengan kata-kata kurang sopan.

“Saya tak kisah pun kalau customer nak minta refund. Tapi kalau boleh, gunalah bahasa yang elok yang manis supaya sedap mata memandang.

“Sebab apa, saya memang tak makan duit haram, saya tak ambil duit orang, satu sen pun benda yang haram Insya-Allah tidak akan masuk dalam badan saya. Jadi awak kena faham, saya takkan ambil, takkan curi duit awak pun.

“Kalau awak order buku saya hari Jumaat, saya akan post hari Sabtu. Tapi Sabtu kan hari cuti.

“Jadi siapa yang order hari Jumaat kita akan post hari Isnin, tapi kebetulan Isnin tu Perdana Menteri kita umum cuti  jadi saya post hari Selasa. Memanglah lambat tapi masalah itu kita tak dapat nak elakkan, kita pun bukannya robot hari-hari bekerja.

“Kita ada masa cuti dan masa bila nak kerja, kadang-kadang bila kita dah post courier yang lambat jadi siapa yang support saya, terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, netizen bersimpati dengan Iddin dan ada yang berseloroh individu yang berang terhadapnya itu tidak sabar untuk mendapatkan buku tersebut kerana jiwanya tidak tenang.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 436,000 juta tontonan dan lebih 44,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Tiara Tertekan, Harap Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL 2020) Dapat Sambutan

Pernah menonton pementasan PGL yang dahulu…set dan lakonan sangat mantap!

Trending Hari Ini Fri, 29 May 2020
Featured Thu, 30 Oct 2025

Galau Food Festival Tampil Barisan Artis Rock Popular Tanah Air, Sasar 40,000 pengunjung Disember Ini

GFF turut mengetengahkan barisan artis rock tanah air seperti Kristal, Ways, Exceed, Keena Mentor dan Arca Band

Featured Wed, 17 Dec 2025

Fazura Kongsi ‘Pet Peeves’, Ingatkan Soal Adab & Sikap Bertimbang Rasa – “Sikap ‘Entitled’, Suka Tunggu Orang Suap Info..”

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, mencuri perhatian netizen apabila berkongsi senarai ‘pet peeves’ atau perkara kecil yang boleh mencetuskan rasa kurang senang dalam kehidupan sehariannya.

Kisah Viral Mon, 7 Nov 2022
Featured Tue, 17 Jan 2023

Kongsi Momen Bahagia, Hana Ismail Teruja Hidangan Dipuji Enak Oleh Dai Syed

Pasangan suami isteri, Hana Ismail dan Dai Syed acap kali mencuri tumpuan netizen kerana sering berkongsi momen bahagia dalam berumah tangga. @hanaalmauzah_Thanks sayang puji saya masak sedap 🥰♬ Ayang (Live) – Nabila maharani feat NM […]

Hiburan Tue, 20 Dec 2022
Featured Sat, 1 Mar 2025

Individu Wanita Dedah Pelakon Lelaki Enggan Bertanggungjawab, Siap Hulur Duit Minta Gugurkan Kandungan

Seorang pelakon lelaki didakwa enggan bertanggungjawab selepas menyebabkan seorang wanita hamil.

error: Content is protected !!