Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 25, 2019 @ 9:20pm

Tiara Tertekan, Harap Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL 2020) Dapat Sambutan

Pelakon dan pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina menaruh harapan semoga pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL 2020) akan mendapat sambutan ramai walaupun watak Gusti Putri yang dibawanya bakal digalas oleh pelakon lain. 

Terdahulu, watak Gusti Putri di dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical yang mendapat sambutan pada 2006 dan terakhir pada 2009, di bawa oleh Tiara sendiri dan watak Hang Tuah di bawa oleh pelakon broadway kelahiran Malaysia, Stephen Rahman-Hughes, manakala watak Sultan Mahmud dilakonkan oleh Adlin Aman Ramlie. 

Memetik laporan sebuah portal, Tiara berharap Puteri Gunung Ledang akan sentiasa segar di ingatan penonton walaupun dengan barisan pelakon baru.

“Memang ada sedikit tekanan, setiap hari jadi igauan tapi tak tahulah bagaimana orang akan membandingkan yang lama dengan yang baru.

“Tetapi saya harap mereka akan menerima dengan baik dan berikan reaksi positif, sebab kita pun kena ‘move on’.  Saya pun takkanlah sampai umur 70 tahun nak jadi puteri lagi, tidak sesuai pula dengan watak itu.

“Saya rasa wajar untuk Puteri Gunung Ledang ini sentiasa diceritakan turun-temurun dengan pelakon baru supaya segar di ingatan,” katanya.

 

Lisa Surihani dan Yusry turut membantu Tiara dalam pemilihan bakat baru yang akan terlibat di dalam PGL 2020

Idea untuk mementaskan Puteri Gunung Ledang The Musical datangnya dari kejayaan filem sejarah epik popular berjudul Puteri Gunung Ledang pada tahun 2004 arahan sutradara Saw Teong Hin.

Filem itu membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Datuk M. Nasir, Adlin Aman Ramlie, Sofea Jane, Man Bai, Radhi Khalid, Khir Rahman, termasuklah bintang terkenal Indonesia, Christine Hakim. 

Menggalakkan penonton membawa anak-anak menonton PGL 2020, Tiara berharap anak warisan kita lebih kenal watak-watak seperti Puteri Gunung Ledang dan Mahsuri dan tidak hanya mengenali watak-watak puteri yang dibawa oleh Disney. 

Kredit Foto: Instagram @tiarajacquelina

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 May 2025

“Senyum Pada Yang Baik, Jeling Pada Yang Jahat” – Nur Fazura

Fazura kongsi tips cara kekal positif meski dilanda ujian

Hiburan Fri, 1 Sep 2023
LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

5 Kelebihan Bunga Kenanga Yang Berbau Wangi

mempunyai bau yang sangat wangi dan berbentuk seperti tapak sulaiman ada khasiat dan kebaikannya tersendiri

Featured Tue, 26 Aug 2025

Puteri Sarah Pilih Hidup Tenang, Tak Lagi Lantang Bersuara – “Dulu Saya Sendiri Perjuangkan Hak Wanita”

Katanya, isu lantang atau tidak, dia kini mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati.

error: Content is protected !!