Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 1, 2025 @ 3:18pm

Individu Wanita Dedah Pelakon Lelaki Enggan Bertanggungjawab, Siap Hulur Duit Minta Gugurkan Kandungan

Tiada angin, tiada ribut, seorang pelakon lelaki didakwa enggan bertanggungjawab selepas menyebabkan seorang wanita hamil.

Menerusi temu buat bersama program Melodi, wanita yang dikenali sebagai Hana memberitahu bahawa pelakon itu telah menawarkan wang untuk menggugurkan kandungan selepas mengetahui dirinya hamil.

“Saya nak bagitahu yang saya ada kenal dengan seorang artis ini, namanya (tidak didedahkan).

“Kami sudah terlanjur, dan kemudian saya dapat tahu saya hampir sebulan mengandung.

“Saya beritahu dia, tetapi dia hanya bagi duit untuk saya gugurkan kandungan.

“Dia kata dia tak mahu saya merosakkan periuk nasinya kerana dia hanya tahu berlakon,” katanya.

Dalam pada itu, Hana memaklumkan pelakon itu juga telah menyekat nombor telefon bimbitnya dan bertindak menghilangkan diri.

“Sepanjang setahun kenal, macam-macam janji dia beri, nak kahwin dan jaga saya. Tapi sekarang dia menghilang.

“Saya sangat sedih kerana dia buat saya begini. Dia memang tak guna sebab sudah janji nak kahwin dan jaga saya, tetapi bila saya mengandung, dia hanya bagi duit untuk gugurkan kandungan, kemudian hilang dan tak hubungi saya langsung.

“Masa tu saya adalah wanita yang sangat bodoh kerana percaya cakap lelaki.

“Sekarang saya tak tahu apa yang akan jadi selepas ini,” jelasnya.

Tidak berniat untuk membuka aib, Hana menegaskan tujuannya mendedahkan perkara ini adalah untuk memberi pengajaran kepada wanita di luar sana.

“Saya bukan nak publisiti atau nak jatuhkan dia, tidak. Saya buat ini sebab berkaitan dengan aib dan maruah saya.

“Saya cuma nak bagi pengajaran kepada semua wanita supaya tidak mudah terpedaya dengan janji manis lelaki,” tegasnya.

Bahkan, Hana juga berharap agar pelakon tersebut bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Tolong jadi lelaki yang bertanggungjawab. Macam-macam janji manis yang awak bagi, tetapi bila saya jadi begini, awak terus tinggalkan saya.

“Terus terang, saya tak tahu kenapa awak buat saya begini. Yang awak fikirkan hanya maruah awak dan keluarga awak, tapi bagaimana dengan maruah saya dan keluarga saya?” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Oct 2021

“Muka Senyum, Tapi Hati Tiada Siapa Yang Tahu” – Netizen Kagum Isteri Siap Sarung Gelang Dekat Isteri Muda

Pastinya sukar buat seorang wanita bergelar isteri berkongsi kasih sang suami dengan wanita lain. Bahkan, isu bermadu atau berpoligami ini sangat sensitif dalam kalangan wanita sehingga kini. Terbaharu, sebuah video tular di TikTok apabila seorang […]

Trending Thu, 28 Dec 2017

「时尚之都」巴黎地下墓穴 埋葬700万人

法国巴黎被人们称为「时尚之都」,但在那里有一个超诡异的地下墓室,里头埋葬着700万具尸骨,被人们称为「骷髅墓」。据称,这个墓穴里的尸骨都是被人们刻意移来转去的,且在此之前是一个采石场。

Featured Wed, 1 Jun 2022

“Hari-Hari Tanya ‘New Papa’…” – Lufya Akui Masih Belum Terbuka Hati

Tak kisahlah single ke ada pasangan ke asalkan hidup bahagia je kan 😊

Acara Thu, 5 Sep 2019

Berbakat dan serba boleh, siapakah Artis Versatil Popular ABPBH 32?

Adakah Alif Satar bakal mengulangi sejarah?

Featured Fri, 17 Jan 2025
Hiburan Fri, 3 Jul 2026

‘Anom Suraya’ Bukan Sekadar Drama, Daiyan Trisha Galas Legasi Karya Ibu

Anom Suraya akan bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam di TV3

Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Wed, 29 Nov 2023

Tampil Pertahankan Isteri Kedua, Alif Teega Perjelas Fatin Umaidah Tak Ada Akaun Media Sosial

Tak pasal pasal ramai betul yang ambil kesempatan buat fake akaun Fatin Umaidah ek

error: Content is protected !!