Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 11, 2025 @ 7:58pm

Melodi Terhangat Superstar Tour Dekatkan Artis Dengan Peminat, Johor Jadi Destinasi Pertama!

Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) turun padang khas untuk anda! Bukan sekadar sebuah malam penuh glamor, AMT2025 kini hadir lebih dekat dengan rakyat menerusi Melodi Terhangat Superstar Tour, satu jelajah eksklusif yang membawa barisan pencalonan AMT2025 kegemaran ramai terus ke tiga negeri utama untuk berkongsi kemeriahan dan vibe sebenar AMT2025 bersama peminat di seluruh negara!

Warga Johor, bersiap sedia! Johor merupakan lokasi pertama yang bakal merasai sendiri kehangatan Melodi Terhangat Superstar Tour! Pada esok hari, 12 Julai 2025, bertempat di AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru akan menjadi tumpuan apabila barisan artis paling hangat seperti Sophia Albarakbah, Alya Iman, Siti Elizad, Shiha Zikir, Amir Masdi, Puteri Khareeza dan Nadzmi Adhwa turun padang untuk sesi ‘meet & greet’ bersama peminat. Jangan lepaskan peluang untuk ambil gambar bersama selebriti, rebut hadiah menarik, dan saksikan persembahan eksklusif secara langsung!

Jangan lupa ke lokasi jelajah akan datang pada 19 Julai 2025 di AEON Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan 26 Julai 2025 di lokasi baharu akan diumumkan dalam masa terdekat!

Kehadiran Melodi Terhangat Superstar Bus, bas eksklusif yang membawa barisan pencalonan AMT2025 dari Lembah Klang ke setiap lokasi jelajah. Sepanjang perjalanan, pelbagai aktiviti menarik seperti sesi karaoke, cabaran TikTok, dan rakaman kandungan eksklusif akan berlangsung dan semuanya disiarkan LIVE di TikTok TV3!

Ini bukan sekadar sebuah bas, tetapi pentas hiburan digital bergerak yang sarat dengan vibe, interaksi dan kejutan sepanjang jalan.

Sebagai Penaja Bersama dan Rakan Kereta Rasmi AMT 2025, PROTON turut menghangatkan jelajah ini dengan kehadiran model terbaharu mereka, All-New PROTON X50. Pengunjung boleh melihat lebih dekat,dengan membuat pre-booking tempahan secara terus di lokasi jelajah.

Lebih menarik, ini juga merupakan peluang keemasan untuk menyertai kempen Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar, di mana seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang sebuah All-New PROTON X50 serba baharu!

Melodi Terhangat Superstar Tour bukan sekadar promosi anugerah, ia adalah perayaan budaya pop Malaysia secara langsung. Jelajah ini membuka peluang kepada peminat dari pelbagai negeri untuk merasai sendiri kehangatan dan kemeriahan AMT2025, tanpa perlu berada di ibu kota. Ia membawa vibe anugerah terus kepada peminat dan selebriti dalam satu pengalaman yang penuh warna dan penuh makna.

Untuk info lanjut tentang barisan selebriti yang akan turut serta, aktiviti lokasi dan kejutan yang menanti, orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi @TV3Malaysia dan @MelodiTV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 May 2023

Guna Pendekatan Lebih Segar & Ikut Trend, EMI Kini Kembali!

Wahh mesti lagi ramai bakat-bakat hebat yang akan bersinar dengan EMI Music Malaysia!

Featured Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Neelofa Terkena Jangkitan Influenza A?

Semoga cepat sembuh Lofa!

Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Trending Mon, 2 Apr 2018

(VIDEO) Huru-Hara Di Butik Victoria’s Secret Gara-Gara Sale. Nasib Baik Tak Runtuh!

Jadi memang betullah. Kadang-kadang bila ada jualan murah, sesetengah orang itu boleh hilang pedoman.

Trending Sun, 11 Jul 2021

Benjy Meninggal Dunia Di Medan Akibat Asma

Pelakon Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, meninggal dunia akibat penyakit asma di sebuah hospital di Medan, Indonesia, pagi tadi. Khabar duka pemergian anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty ini tular dalam kalangan rakan […]

Hiburan Thu, 19 Feb 2026

Hadapi Ujian Perceraian Dengan Tenang, Zulin Aziz Fokus Ibadah Ramadan – “Terima Kasih Doakan Yang Baik-Baik”

Zulin mengambil pendekatan matang dengan tidak mendedahkan punca perceraian mereka

Trending Mon, 2 Apr 2018

Kim Jong Un Adjusts Schedule Just to Watch Red Velvet Perform Live

Kim Jong Un seems to be a fan of Red Velvet.

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Trending Fri, 14 Aug 2020
error: Content is protected !!