Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 5, 2022 @ 4:25pm

Usaha Murni Suami Mira Filzah Dipuji, Aplikasi Tarteel Beri Kemudahan Untuk Menghafaz Ayat al-Quran

Sebelum ini, ramai dalam kalangan selebriti yang mengeluarkan aplikasi digital al-Quran atau terjemahannya seperti Mizz Nina dan Neelofa.

Tidak ketinggalan, suami kepada pelakon jelita Mira Filzah, Wan Emir Astar turut menghasilkan sebuah aplikasi bacaan al-Quran pada awal Ramadan tahun lalu.

Selepas hampir setahun usaha mereka dalam menjayakan Tarteel Al Premium, kini aplikasi tersebut telah hadir dengan ciri terbaru iaitu ciri pengesanan kesalahan bacaan menggunakan fungsi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI).

Menurut Emir, ciri ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pembaca ketika menghafaz ayat-ayat al-Quran dimana perkataan yang salah atau tertinggal akan ditandakan merah.

“Contohnya boleh dilihat dalam klip ini, di mana bacaan Al-Mulk dalam ‘Mod Menghafaz’ telah sengaja disalahkan bacaan untuk tujuan demo ini.

“Maka perkataan yang salah /tertinggal itu ditandakan merah untuk rujukan pembaca.

“Bacaan juga di rekod untuk rujukan semula dan ditanda jumlah kesalahan pada halaman di sebelah bawah kiri,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Tambah Emir, Mira akan menggunakan ciri baru tersebut untuk memperbaiki hafazan dan bacaannya sendiri, sekiranya mereka tidak berkesempatan untuk bertilawah atau menghafaz bersama.

“Kalau saya dan @mfmirafilzah tak sempat bertilawah / menghafaz bersama, Mira akan gunakan fitur Kesalahan Bacaan ini untuk dia perbaiki hafazan dan bacaan dia sendiri dulu, alhamdulillah,” ujarnya.

Menerjah di ruangan komen hantaran di akaun Instagram milik pasangan sejoli ini, rata-rata peminat mereka dan pengguna aplikasi Tarteel sangat teruja akan ciri terbaru itu.

Menurut komen yang ditinggalkan wargamaya, usaha Emir dan Mira sangat murni kerana mereka memberi peluang kepada orang ramai untuk mempertingkatkan lagi amalan membaca al-Quran di saat bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.

Sementara itu, Emir berkata pembetulan tajwid sedang diusahakan dan dia memohon doa orang ramai agar urusan mereka itu dipermudahkan.

Besar harapan mereka berdua jika aplikasi tersebut dapat memberi manfaat dan ganjaran pahala kepada orang ramai.

“Harapan kami untuk melihat fitur terkini ini membantu semua untuk menghafaz dan beramal dengan lebih baik, juga sebagai persediaan dalam menerima kedatangan bulan Ramadan bulan al-Quran yang mulia!” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Nov 2025

DMA Islam Label Pencinta Kucing Makhluk B*doh & Ada Masalah Mental, Ustaz Azhar Idrus Tampil Respons – “Baca Talkin Pada Kucing Mati Itu Baru Otak Tak Sihat”

UAI menegaskan, kenyataan tersebut tidak berasas dan bercanggah dengan sejarah serta ajaran Islam yang menjunjung sifat kasih sayang terhadap haiwan.

Hiburan Fri, 3 Jan 2020
Trending Thu, 8 Nov 2018

‘Publicity Is His Friend’, Kenapa Lelaki Ini Label Aliff Syukri Sebagai Dramatik?

Senang faham, kau baling bola kat orang disleksia, dorang susah nak tangkap. Maksudnya?

Hiburan Tue, 17 Mar 2026
Hiburan Sun, 10 Feb 2019

‘ Sumpah Rasa Nak Cepuk Je…’- Nabila Huda Bengang Dengan Siapa Tu?

“Bila masa pulak aku jadi boss? Bila masa pulak aku malu? Annoying lah.

Featured Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Jalan-Jalan Makan Angin Gabung Tiga Produksi, Pamer Tarikan Di Jepun

Kepada korang yang nak tahu tempat-tempat menarik di negara matahari terbit ni bolehlah tengok JJMA nanti ya!

Hiburan Mon, 6 Jan 2020

“I Should Get Married To Mark”, EXO’s Kai Confesses His Love For NCT’s Mark

It’s not that serious people! He’s just showing his support for his junior!

error: Content is protected !!