Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 17, 2026 @ 7:21am

Iftar Ramadan ‘DBKL – Media Prima Tikar Berkat’ Di Dataran Merdeka Dimeriahkan Kehadiran 120,000 Pengunjung

Lebih 120,000 pengunjung membanjiri Dataran Merdeka bagi memeriahkan program kemuncak Iftar Ramadan dan Malam Tujuh Likur 2026 yang berlangsung selama dua hari dan berakhir kelmarin.

Sambutan tahun ini lebih istimewa apabila program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Media Prima Berhad (Media Prima) sebagai rakan strategik, termasuk penganjuran majlis berbuka puasa mega yang dikenali sebagai DBKL–Media Prima Tikar Berkat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata penampilan baharu Bangunan Sultan Abdul Samad yang telah dinaik taraf menjadi antara tarikan utama yang menarik kehadiran orang ramai ke lokasi berkenaan.

“Program Iftar Ramadan yang memasuki edisi ke-14 tahun ini mempunyai keistimewaan tersendiri apabila pengunjung dapat berbuka puasa dengan latar Bangunan Sultan Abdul Samad yang kini tampil dengan wajah baharu selepas kerja naik taraf.

“Walaupun hujan turun, jumlah pengunjung dianggarkan sekitar 50,000 orang. Secara keseluruhan bagi dua hari penganjuran, kira kira 120,000 orang hadir memeriahkan program ini.

“Pada hujung minggu biasa pun kawasan ini sering dipenuhi orang ramai termasuk pelancong dari luar negara. Jadi kami akan menambah baik kemudahan bagi memastikan keselesaan pengunjung yang datang ke sini,” katanya pada sidang media selepas program berkenaan.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Rafiq Razali; Ketua Pegawai Inovasi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kandungan dan Rangkaian Televisyen Media Prima, Amir Rashidi Johari; serta Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran.

Fadlun turut menjelaskan penganjuran Malam Tujuh Likur 2026 kini memasuki tahun ke-11 sejak diperkenalkan pada 2015. Program tersebut bertujuan menghidupkan kembali tradisi masyarakat Melayu memasang pelita menjelang sepuluh malam terakhir Ramadan.

Sementara itu, Pengurus Besar Strategi Penjenamaan dan Pemasaran Kumpulan Media Prima, Junisa Jaafar Sidek berkata penyertaan Media Prima dalam program tersebut adalah sebahagian daripada kempen Ramadan Raya syarikat yang dikenali sebagai Sama-Sama Berkat.

Menurut Junisa, antara inisiatif utama dalam kempen tersebut ialah program Tikar Berkat, yang memberi peluang kepada masyarakat berkumpul dan berbuka puasa bersama bagi menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.

“Apabila kami dimaklumkan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta DBKL menganjurkan Iftar Ramadan di Dataran Merdeka, kami melihatnya sebagai peluang terbaik untuk bekerjasama.

“Kolaborasi ini turut melibatkan malam kemuncak program yang akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya.

Tambah Junisa, stesen radio di bawah Media Prima seperti Kool FM dan Hot FM turut menyumbang dengan mengagihkan kira kira 2,500 hidangan roti john kepada orang ramai.

Media Prima juga mengambil peluang dalam program tersebut untuk melaksanakan beberapa inisiatif kebajikan serta penampilan selebriti popular bagi memeriahkan suasana.

“Kami turut menyampaikan duit raya kepada 40 pelajar tahfiz dari Akademi Tahfiz Al Hidayah dan memberikan kotak rezeki kepada 20 ibu tunggal melalui kerjasama program Wanita Hari Ini bersama rakan strategik, Nestlé.

“Saya berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana sambutan daripada masyarakat sangat menggalakkan.

“Program sebegini juga memberi ruang kepada jenama di bawah Media Prima untuk turun padang dan berinteraksi secara lebih dekat dengan masyarakat,” katanya.

Sumber & Kredit Foto: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 3 Mar 2018

Tempah Uber Ketika Mabuk, Rupanya Tersalah Set Balik Rumah

Dikenakan bayaran tambang Uber sebanyak AS$1,635 (RM6,426) kerana tersalah set balik rumah iaitu kampung halaman

Hiburan Wed, 12 Dec 2018

Sarah Fazny Popular Di Indonesia?

Sementara itu, penyanyi berusia 23 tahun ini mengaku jumlah pengikut di Instagram naik mendadak sejak menyertai DAA 4.

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Martabat Jenama Fesyen Lokal, Nora Danish Perkenalkan Koleksi Denim Eksklusif ‘Nora Danish x Marii for Amber’

Nora Danish melangkah setapak lagi dalam dunia fesyen apabila melancarkan kolaborasi istimewa, Nora Danish x Marii for Amber.

Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Aman Graseka Enggan Berlakon Akibat Dihalang Isteri?

Semoga segala urusan Aman dipermudahkan🤲🏻

Events Tue, 27 Nov 2018

#SisCuba : Berjayakah Tiga Gadis Cantik Ini Tembusi Pasaran Antarabangsa?

Jangan lupa janji temu korang malam ni bersama Sunsilk #SisCuba tau!

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Tahniah! Comelnya Anak Abah Terlajak Laris

” Sumpah nak tengok @shahidadherbs tahan kat bilik bedah pun tak sanggup. Kuatnya pengorbanan ibu. Setuju tak? Siapa ada pengalaman macam ni?” tulisnya.

Trending Sat, 18 Jan 2020

Kurung 4 Kanak-Kanak Dalam Sangkar Kayu

Pihak berkuasa berjaya menahan 3 suspek yang didakwa melakukan kesalahan mengurung 4 orang kanak-kanak dibawah umur didalam sangar kayu dalam sebuah rumah di Alabama. Ketiga-tiga mereka telah ditangkap atas kesalahan penyalahgunaan kanak-kanak selepas pihak berkuasa […]

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Vroom Vroom Lebih Sesuai Untuk Ara Johari, Apa Komen Nabila Razali?

Jika dilihat pada muzik video lagu Vroom Vroom di Youtube, rata-rata netizen meninggalkan komen memberitahu lagu ini lebih sesuai dinyanyikan oleh penyanyi Ara Johari. Bagi Nabila Razali yang merupakan pelantun lagu ini, dia tidak berkecil […]

Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Sun, 19 Apr 2020
error: Content is protected !!