Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 11, 2024 @ 1:25pm

Aman Graseka Enggan Berlakon Akibat Dihalang Isteri?

Ekoran timbul desas-desus yang mengatakan pelakon veteran, Aman Graseka tidak dapat berlakon kerana dikawal isteri, Timbalan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Radhi Khalid memberitahu dia tidak pasti kesahihan khabar tersebut.

Namun demikian, jika ia benar, Radhi menasihati agar pelakon sebenarnya berhak untuk berbincang dengan pengarah agar tidak menjayakan babak-babak yang dirasakan kurang senang.

“Saya ada dengar mengenai perkara itu, namun tidak pasti sama ada ia sahih ataupun tidak. Tapi, sebagai pelakon, kita sebenarnya ada hak untuk bersuara dalam menjayakan sesuatu watak.

“Contohnya, zaman sekarang pengarah-pengarah pun tak ada lagi yang meminta pelakon lelaki bersentuhan dengan pelakon wanita terutamanya, untuk pelakon-pelakon veteran.

“Kalau kita tonton karya tempatan di kaca TV, kalau watak antara anak lelaki dengan ibu atau anak perempuan dengan ayah pun, tak ada babak bersentuhan atau berpelukan yang keterlaluan atau tak ada pun.

“Itu semua boleh disuarakan andai kata kita merasakan permintaan pengarah atau jalan ceritanya memerlukan sentuhan yang melampaui batasan kita sebagai pelakon,” jelasnya.

Sementara itu, menurut Harian Metro, sebelum ini Karyawan sudah mencuba sedaya-upaya untuk menghulurkan bantuan kepada Aman yang menghubunginya dan memohon bantuan kewangan.

Sumbangan peribadi dan daripada Karyawan pernah disalurkan kepada Aman dan mereka berusaha mencari peluang pekerjaan buatnya.

“Beberapa bulan lalu, dia ada menghubungi saya dan maklumkan situasi kehidupannya ketika itu yang agak susah. Jadi, saya berikan sumbangan secara peribadi beberapa kali.

“Saya panjangkan juga perkara ini kepada persatuan dan kami turut menghulurkan bantuan. Saya pernah berikan cadangan kepadanya untuk memohon bantuan daripada Baitulmal.

“Selain itu, saya juga pernah menghubungi pengarah yang pernah bekerja dengannya untuk bantu mencari peluang pekerjaan (berlakon) kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu, Radhi turut mengingatkan rakan artis agar mempunyai simpanan kewangan untuk digunakan pada waktu kecemasan.

“Nasihat saya kepada pekerja filem tanah air tidak kiralah pelakon, pengarah atau kru, kerjaya kita ini bukanlah hadir dengan gaji yang stabil. Kita tak ada slip gaji atau gaji tetap.

“Kadang-kadang, kalau bulan ini kita ada gaji, tak semestinya bulan depan kita akan ada gaji.

“Jadi, kita perlu berjimat cermat untuk masa hadapan, cuba menyimpan wang simpanan dan paling penting, ambil insuran atau daftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Paling penting adalah simpanan untuk memastikan rumah atau tinggal terjamin, tak kiralah rumah jenis apa pun mengikut kemampuan masing-masing,” ujarnya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Jan 2023
Selebriti Sat, 24 Feb 2024

“Ada Hati Kecil Perlu Saya Jaga” – Mohon Maaf Kunci Mulut Soal Kahwin, Shakilla Khoriri Minta Beri Ruang & Masa

Saya sendiri rasa kurang selesa apabila majlis ini ‘diceroboh’ orang-orang luar yang tanpa meminta izin kami untuk berkongsi dahulu tentang pernikahan ini kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung – Shakilla

Hiburan Tue, 4 Feb 2020
Hiburan Wed, 17 Oct 2018

Konsert Memang WOW, Mariah Carey Masih Belum Hilang ‘Sengat’

Sebanyak 17 buah lagu dinyanyikan tanpa sebarang gangguan vokal mahupun teknikal. Memang power!

Trending Thu, 7 Jan 2021

“Kes Paling Tinggi” – Sistem Kesihatan Kini Di Tahap Genting, KKM Cadang PKP Bersasar Di Kawasan…

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan  sebanyak 2,593 kes baru Covid-19 sekaligus menjadikan kes tertinggi pernah direkodkan di Malaysia.  Bimbang dengan situasi tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato Sri Dr Noor Hisham mencadangkan PKP secara […]

Trending Thu, 3 Dec 2020
Hiburan Thu, 16 Nov 2017

Bagaikan Jatuh Di Timpa Tangga Untuk Kamal Adli

Lepas satu-satu masalah timbul, baru lepas gagal dalam percintaan kali ini tentang diri yang mengalami kemalangan

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Zul Ariffin- Gayatri Kembali Bercinta?

Gayatri, atau lebih mesra disapa Gaya, dan Zul pernah bercinta lima tahun lalu, namun pada November 2015, hubungan mereka putus di tengah jalan.

Hiburan Mon, 15 Jun 2026

Siti Nurhaliza Titip Semangat Buat Individu Wanita Alami Keguguran Kandungan 19 Minggu – “Reda Kerana Anakanda Menanti Di Syurga”

Susulan itu, Siti meninggalkan komen di ruangan hantaran tersebut dengan mengingatkan individu tersebut setiap perkara yang berlaku ada hikmahNya, dan mempercayai perancangan Allah sentiasa terbaik. 

error: Content is protected !!