Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 3, 2025 @ 5:30pm

Ismail Sabri Yaakob Kini Suspek, SPRM Beku 13 Akaun Bank Bernilai RM2 Juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, merupakan suspek dalam siasatan berkaitan perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau memimpin negara.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki,  Ismail Sabri akan dipanggil semula pada hari Rabu ini bagi membantu siasatan.

“Sebelum ini, beliau telah menghantar notis pengisytiharan harta kepada kami pada 10 Februari, sebelum dipanggil untuk memberi keterangan pada 19 Februari.

“Saya mengesahkan bahawa beliau telah memberikan keterangannya selama beberapa jam bagi membantu siasatan berkaitan kes Keluarga Malaysia ini.

“Beliau dianggap sebagai suspek kerana, pertama, Seksyen 36 telah dikenakan ke atasnya bagi membolehkan perincian harta dilakukan. Kedua, wang tunai yang ditemukan mempunyai kaitan dengannya, maka penjelasan lanjut perlu diperoleh,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Azam turut memaklumkan bahawa sebanyak 13 akaun bank dengan jumlah keseluruhan bernilai RM2 juta telah dibekukan bertujuan untuk  siasatan.

“Kebanyakan akaun yang dibekukan adalah milik empat suspek yang ditahan sebelum ini. Bagaimanapun, akaun milik Datuk Seri Ismail Sabri masih dalam siasatan, dan kami sedang mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai butiran akaun yang ada.

“Kami berusaha menyelesaikan siasatan ini dengan segera dan akan memanggil lebih ramai saksi. Dalam minggu ini sahaja, enam hingga tujuh saksi baharu dijangka dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya.

Tambahnya,  dokumen berkaitan juga sedang diteliti dan siasatan dijalankan bukan sahaja mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, tetapi juga di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 23 Februari lalu, media melaporkan bahawa SPRM telah menahan empat bekas pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber SPRM mengesahkan penahanan keempat-empat pegawai terbabit, dengan perintah reman telah diperoleh daripada Mahkamah Putrajaya.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 May 2019
Trending Sat, 26 Jun 2021

Keputusan STPM 2020 Diumum 1 Julai Ini

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada Khamis, 1 Julai 2021. Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, semua calon boleh mengakses keputusan mulai jam 12 […]

Featured Mon, 3 Apr 2023

Diana Danielle Bongkar Farid Kamil Minta Buang Nama Bin & Binti Pada Anak-Anak

Seriuslah sampai tahap macam ni sekali? Sedihnyaaa..

Featured Wed, 1 Feb 2023
Featured Mon, 19 Apr 2021

Rentas Negeri Aidilfitri Ditentukan Selepas 28 April

Ketetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ziarah sempena Aidilfitri pada tahun ini akan ditentukan selepas 28 April. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, bagi tempoh sekarang sehingga tarikh tersebut orang ramai perlu […]

Featured Mon, 11 May 2020
Hiburan Sat, 3 Feb 2024
Events Sat, 17 Nov 2018

Genting’s Arena of Stars Has Brand New World Class Sound System!

Now you can enjoy concerts in the Arena of Stars at a whole new level of awesome.

Eat Travel Sun, 5 Apr 2020

Rendang cendawan ekspres, mudah dan sedap!

Menu ini jimatkan masa di dapur

error: Content is protected !!