Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 17, 2023 @ 6:08pm

Wanita Tanggal Baju Kurung & Tudung Di Kelab Komedi Tahun Lalu Didenda RM8,000

Seorang wanita yang menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika komediri di sebuah kelab komedi, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Siti Nuramira Abdullah, 27, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan, semasa perbicaraan kes di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Susulan daripada itu, mahkamah memerintahkan Siti Nuramira dipenjara empat bulan, sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan pilihan, dia didakwa dengan sengaja melukakan perasaan agama lain dengan menyebut bahawa dia seorang Muslim, telah menghafal 15 juzuk al-Quran dan kemudiannya membuka tudung dan menanggalkan baju kurung.

Kesalahan dilakukan sewaktu persembahan di atas pentas, di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini, pada jam 6 petang, 4 Jun 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob sementara tertuduh diwakili peguam, R Sivaraj.

Semasa prosiding, Abdul Malik berkata, Siti Nuramira telah memfailkan representasi berhubung kes ini pada 16 Mac lalu dan ia telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Oleh itu pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh,” katanya.

Sejurus dia menukar pengakuan kepada bersalah, pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan tersebut telah mengundang perhatian orang ramai.

Walaupun hukuman di bawah seksyen itu lebih ringan namun beliau berkata, ia tidak bermaksud kesalahan tertuduh adalah tidak serius.

Sivaraj kemudiannya merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan iaitu berbentuk denda.

Pada 13 Julai tahun lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Nov 2019

Kerana Minat, Mia Sara Ingin Mencuba Nasib Sebagai Penyanyi Pula!

Baru berusia 14 tahun, tetapi Mia Sara atau nama penuhnya Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan ini telah pun menempa nama sebagai salah seorang pelakon kanak-kanak yang popular di Malaysia dan telah menceburi bidang lakonan […]

Trending Fri, 5 Mar 2021

Haiza Ceritakan Kisah Perempuan Gila Talak

Setelah dua tahun tidak menghasilkan lagu baharu, penyanyi dan penyampai radio, Haiza akhirnya menarik nafas lega apabila lagu mengeluarkan lagu baharu berjudul Mantan Isterimu baru-baru ini. Lagu yang sudah pun berada di semua platform digital […]

Featured Tue, 20 Aug 2024

“Saya Tidak Mahu Kenyataan Saya Memberi Impak Negatif Pada Orang Lain”- Puteri Sarah Liyana

Better Sarah tak cakap apa-apa kan? Kang netizen laju je 🤪

Hiburan Tue, 14 Jan 2025

Kecantikan Dipuji Persis Megan Fox, Puteri Balqis Akui Masih ‘Insecure’ 

Puteri Balqis tiada keyakinan kiri walau kecantikan terima pujian melambung

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Jasmin Hamid Saman Warganet Yang Hina Anaknya

Mungkinkah selepas ini makin ramai selebriti tampil untuk membuat laporan terhadap salah laku netizen?

Featured Mon, 3 Jul 2023
Featured Sat, 21 Jun 2025
Trending Sat, 14 Nov 2020
Featured Fri, 28 Sep 2018
error: Content is protected !!