Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 20, 2024 @ 5:51pm

“Saya Tidak Mahu Kenyataan Saya Memberi Impak Negatif Pada Orang Lain”- Puteri Sarah Liyana

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, enggan mengulas lanjut mengenai urusan rumah tangga melibatkan bekas suaminya, Syamsul Yusof.

Katanya memetik laporan Berita Harian, dia mengambil keputusan untuk tidak memberikan kenyataan dek kerana enggan mengeruhkan keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Fail Cerai, Syamsul Yusof Padam Foto Kahwin Dengan Ira Kazar Di IG?

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Beri Komen Terhadap Isu Cerai Anak, Hantaran Instagram Story Patimah Ismail Raih Perhatian – “I Give Birth To You, I Love You & Always Will..”

Tambahnya, dia sedar ramai dalam kalangan warganet yang menantikan untuk dia memberikan respons terhadap isu tersebut.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang anda inginkan.

“Saya sedar ramai yang mahu saya bersuara mengenai perkara ini sejak semalam tapi saya tidak mahu kenyataan saya memberikan kesan negatif terhadap masalah orang lain,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Sarah juga percaya apa sahaja keputusan yang dibuat Syamsul adalalah atas kerelaan hatinya.

“Saya percaya apa sahaja keputusan yang dibuat Syamsul adalah atas kerelaan hatinya dan tiada paksaan daripada sesiapa,” jelasnya.

Berkongsi mengenai status kehidupannya kini, Sarah mengaku dia sudah malas untuk memikirkan masalah orang lain dan hanya mahu memberikan fokus terhadap anak-anaknya.

“Saya bahagia dengan cara saya sendiri. Saya tiada masa nak fikir mengenai masalah orang lain kerana fokus saya adalah pada anak-anak,” kongsinya.

Terdahulu, berita mengenai perceraian Syamsul dan Ira Kazar tular selepas peguam yang mewakilinya tampil mendedahkan mengenai berita tersebut kepada media.

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

ARTIKEL BERKAITAN:Yusof Haslam Enggan Komen Isu Cerai Anak, Mengaku Sudah Lima Tahun Tidak Berhubung – “Allahuakbar!  Kami Tak Berani Nak Komen”

Untuk info, ini adalah pernikahan kedua Syamsul selepas berpisah dengan Puteri Sarah pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Jun 2021

“Masing- Masing Boleh Komen Dan Kritik, Tapi Jangan Sampai Menghina”- Siti Elizad

Pelakon,  Siti Elizad  kini kembali aktif di Instagram setelah berdepan dengan isu cyber bully minggu lalu. Baca artikel berkaitan : Dituduh Mandul, Dipanggil Puk***k, Didakwa Tak Solat – Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis Terhadap Netizen […]

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Hiburan Mon, 7 Oct 2019

创作精灵白安《1990s》马来西亚宣传

相隔好一段时间没来马来西亚宣传的白安终于带着她的第三张创作专辑《1990s》来马宣传啦!

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
error: Content is protected !!