Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 20, 2024 @ 11:08am

Selepas Beri Komen Terhadap Isu Cerai Anak, Hantaran Instagram Story Patimah Ismail Raih Perhatian – “I Give Birth To You, I Love You & Always Will..”

Selepas memberikan komen mengenai berita perceraian anaknya, pengarah, Syamsul Yusof dan Ira Kazar benar, Datin Patimah Ismail sekali lagi menyorot perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang di muat naik di ruangan Instagram Stories miliknya, Patimah berkongsi quotes mengenai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Hantaran berkenaan seakan-akan mewakili perasaannya terhadap Syamsul selepas berita perceraian anaknya itu tular pada Isnin.

“I give birth to you, I loved you first, I love you still, I always have and always will,” kongsinya.

Terdahulu, memetik laporan Harian Metro, Patimah memaklumkan bahawa dia berharap agar Syamsul kembali ke jalan yang benar sekaligus bersyukur jika berita perceraian anaknya itu benar seperti yang diperkatakan.

Malah, dia juga sudah memaafkan pihak keluarga Ira di atas apa yang berlaku.

Sebelum ini, Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut mengenai isu kontroversi itu sekaligus meminta mana-mana pihak yang mahukan penjelasan agar bertanya dan menghubungi terus tuan empunya badan.

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais mengesahkan anak guamnya itu memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Timur Selangor pada petang, Isnin.

Peguam Azmi Rais turut menjelaskan punca perceraian itu difailkan adalah kerana tiada persefahaman antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bersyukur Kalau Berita Cerai Itu Benar”- Patimah Ismail 

ARTIKEL BERKAITAN:Yusof Haslam Enggan Komen Isu Cerai Anak, Mengaku Sudah Lima Tahun Tidak Berhubung – “Allahuakbar!  Kami Tak Berani Nak Komen”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Fail Cerai, Syamsul Yusof Padam Foto Kahwin Dengan Ira Kazar

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Featured Tue, 7 Mar 2023

Hadiri Konsert Blackpink.. Mira Filzah Dikritik Tak Sedar Diri, Peminat Tampil Pertahankan…

Alahai, minat je tak semestinya orang lagha. fikir positif!

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Sah! Comel Pipi Merah Belum Ada Akaun Instagram

etakat ini, Siti belum memutuskan untuk membuka akaun Instagram rasmi Siti Aafiyah. Mungkin dia ada alasan tersendiri dan mahukan ruang,” katanya.

Trending Wed, 25 Mar 2020

“Inilah Masa Wanita Single Atau Yang Sukakan Laki Orang Pergi Pasaraya,” – Gurauan Michael Ang Cuit Hati Rakan Artis Dan Netizen

Menerusi siaran langsung Pengumuman Rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, beliau telah mengumumkan tempoh Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir pada 1 April dilanjutkan sehingga 14 April. Sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini, […]

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Featured Mon, 13 Sep 2021

Sertai Jemaah Tabligh, Video Anuar Zain Menyanyi Sambil Hidang Teh Tarik Curi Perhatian Ramai

Video penyanyi terkenal, Anuar Zain menghidangkan teh tarik kepada rakan artis, Nabil Ahmad menjadi bualan di media sosial semenjak semalam. Namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah suara Anuar dengan bersahaja menyanyikan lagu Lelaki Ini […]

error: Content is protected !!