Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd September 13, 2021 @ 4:38pm

Sertai Jemaah Tabligh, Video Anuar Zain Menyanyi Sambil Hidang Teh Tarik Curi Perhatian Ramai

Video penyanyi terkenal, Anuar Zain menghidangkan teh tarik kepada rakan artis, Nabil Ahmad menjadi bualan di media sosial semenjak semalam.

Namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah suara Anuar dengan bersahaja menyanyikan lagu Lelaki Ini sambil melakukan aksi menarik teh.

Kelunakan suara Anuar turut mendapat respons daripada Nabil yang dilihat terpegun dan dapat didengari menyebut Subhanallah.

Menurut pengurus Anuar, Nana Ahmad, difahamkan video tersebut dirakam ketika Anuar menyertai sekumpulan jemaah tabligh.

“Sekarang ini pun dia masih dalam khuruj (meluangkan masa belajar ilmu agama). Kalau nak tahu lebih lanjut kita tunggu ia keluar dari Anuar sendiri ya.

“Anuar minta cuti dari minggu lalu sehingga 14 September 2021. Tapi saya tidak begitu pasti untuk apa, jadi tunggu saja penjelasan dia.” kata Nana kepada Harian Metro.

Menerusi ruangan komen yang ditinggalkan di Twitter, rata-rata peminat memuji suara Anuar yang tidak langsung berubah walaupun ketika menyanyikan lagu tersebut secara spontan.

Anuar bersama Nabil dan beberapa lagi rakan selebriti lain kini difahamkan sedang mendalami ilmu agama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Aug 2023

Muak Diasak Soal Cinta, Riena Diana Pilih Fokus Tentang Kerjaya

Pelakon Riena Diana mengakui dirinya kini kurang selesa untuk berbicara soal cinta, sebaliknya ingin memberi fokus sepenuhnya pada kerjaya. Menurut Riena, dia sudah muak untuk membahas tentang perkara itu lagi kerana kerap diasak dengan soalan […]

Featured Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Thu, 25 Jan 2018

孙燕姿真的怀孕了!微博报喜「我已胖若两人」

过去几个月,孙燕姿时常穿着宽松衣着让网友起疑已怀老二,唯她没有正面回应。而她今日一早,在微博上发帖“是的,我已胖若两人”并晒出一张小腹微隆的大肚照,首度公开承认怀二胎喜讯。

Trending Fri, 13 Apr 2018

Parodi Dukun Rendang Ayam Crispy, Ubati Rindu Peminat Jihan Muse

Selepas sekian lama berehat untuk melahirkan cahaya mata sulungnya, pelawak dan pengacara Jihan Muse kembali menjayakan Parodi MeleTOP.

Sinonim dengan segmen berkenaan, Jihan beraksi menghidupkan watak utama dalam filem Dukun yang diterbitkan oleh Astro Shaw.

Hiburan Sat, 19 Oct 2019

‘Janganlah Cepat ‘Melantun’ Kalau…- Scha Al-Yahya

Pesan Scha, ‘Jangan ikut perasaan’

Trending Fri, 30 Mar 2018

女荒野中被求婚哭了!抬头却见父举「说不」

美国内华达州女子艾利森在一望无际的荒野大草原上,见男友单膝下跪求婚,感动瞬间飙泪,但她抬头却看到远方的父亲举着「说不」​​的牌子,立刻破涕为笑。

error: Content is protected !!