Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 19, 2019 @ 12:12pm

‘Janganlah Cepat ‘Melantun’ Kalau…- Scha Al-Yahya

“Jangan cepat ‘melantun’ kalau dikritik,” demikian pesanan pengacara dan pelakon Scha Al-Yahya kepada finalis Dewi Remaja 2019.

Menurut Scha yang merupakan juara Dewi Remaja 2005/2006, dia memberitahu finalis Dewi Remaja musim ini melalui fasa berbeza jika dibandingkan dengan musim terdahulu.

“Zaman saya dulu tiada sosial media. Jadi vibe diterima itu berbeza. Zaman sekarang, segalanya di hujung jari. Finalis perlu kuat dari segi mental. 

“Anda kena ‘have fun’ dalam apa jua situasi. Maksud saya di sini, lalui apa jua keadaan dengan tenang. Ada kala sosial media boleh memusnahkan fikiran anda. Jangan ikut perasaan ketika menjawab komen di sosial media.

“Kontroversi takkan lari daripada hidup selebriti. Jadi, mereka kena rancang macam mana nak cakap, buat dan pasarkan diri sendiri,” katanya kepada Xtra. 

Tambah Scha, memegang status dewi tidak boleh lari daripada masalah.

“Sekarang ini mereka lebih terdedah kepada sosial media. Cabaran lebih besar. Jadi, perlu bijak macam mana nak kawal.

“Orang kita pula suka meletakkan dan memandang dewi ini penuh kesempurnaan. Disebabkan itu, kalau buat salah kena tahu macam mana nak selesaikan dan bukannya lari,” katanya.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Dec 2019
Hiburan Wed, 16 Aug 2023

Julung Kali Diadakan Di Malaysia! TikTok Kerjasama Dengan TV3 Realisasikan TikTok Awards

Wah, pertama kali diadakan TikTok Awards kolaborasi dengan TV3!

Automobile Fri, 7 Feb 2020
Hiburan Wed, 17 May 2023
Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Featured Fri, 23 Sep 2022

Reda Jika Kurang Tawaran Berlakon Selepas Diserang Angin Ahmar, Haeriyanto Utamakan Pulih Kesihatan

Semoga Haeriyanto kembali sihat dan pulih daripada segala penyakit aamiin 😊

Hiburan Tue, 2 Jan 2024

Gara-Gara Tayang Foto Aksi Mesra Dengan Kekasih, Atiq Azman Ditegur… Netizen Kaitkan Dengan Status ‘Budak Tahfiz’

Oh…Atiq Azman ni rupanya bekas pelajar tahfiz…tak baik tau netizen cakap macam tu!

error: Content is protected !!