Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 23, 2022 @ 8:15pm

Reda Jika Kurang Tawaran Berlakon Selepas Diserang Angin Ahmar, Haeriyanto Utamakan Pulih Kesihatan

Pelakon Haeriyanto Hassan, 51, akui reda jika tawaran berlakon semakin kurang diperoleh selepas diserang angin ahmar ringan pada Februari lalu.

Susulan itu, Haeriyanto turut memaklumkan bahawa dia tidak mahu terlalu bergantung pada bidang seni dan mahu memberi fokus terhadap kesihatannya.

“Saya sudah bersedia dan tidak mahu terlalu bergantung sangat pada bidang seni. Saya mahu lebih fokus kepada kesihatan yang mana saya masih perlu pulihkan kekuatan fizikal,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon drama Kampung People ini juga menyatakan kesihatannya semakin baik namun masih terdapat bahagian tubuh badan yang masih lemah dan dia tidak boleh melakukan adegan lasak jika diperlukan.

“Secara fizikal, memang makin pulih, wajah saya tak senget, suara pun okey, tapi tangan kiri saja masih lemah. Jadi, kalau saya berjalan, adalah nampak sedikit cacat. Saya memang tak boleh lakukan babak-babak lasak.

“Disebabkan itu saya akur kalau tidak ramai produksi panggil saya. Tapi alhamdulillah, KL Motion tetap ingat saya dan bakal menjalani penggambaran untuk drama mereka Kampung People 3 pada minggu hadapan,” katanya kepada Harian Metro.

Ujarnya lagi, penggambaran drama Kampung People 3 ini merupakan percubaanya untuk melihat kemampuan dan ketahanan dirinya sebelum menerima banyak tawaran berlakon.

“Inilah masa untuk saya cuba lihat tahap stamina untuk berada di set lakonan. Lagipun, penggambaran kali ini agak menyenangkan sedikit kerana dekat dengan rumah.

“Berdasarkan kemampuan saya menjalaninya nanti, barulah tengok kalau boleh kembali rancak terima tawaran,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Haeriyanto juga berkongsi bahawa berat badannya turun mendadak daripada 85 kilogram kepada 69 kilogram selepas diserang angin ahmar dan tidak mengetahui bahawa dia menghidap darah tinggi.

“Saya cuma tahu ada penyakit itu selepas diserang strok. Saya sendiri sebelum ini pun memang tidak pernah mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara formal.

“Sepanjang di hospital, selera makan saya menurun sehingga berat badan pun susut. Daripada sudut positifnya, baguslah kerana kalau tak sakit memang nak diet itu susah.

“Saya berterima kasih kepada keluarga kerana mereka juga bantuan kesihatan dan kewangan datang tepat pada masanya sepanjang rawatan. Ada juga rasa ‘down’ tapi kebanyakan masa saya memang kuatkan mental untuk sembuh,” luahnya lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Nov 2025

Aura AADC Kembali! ‘Rangga & Cinta’ Hidupkan Semula Suasana Cinta Era 2000-an

Rangga & Cinta memberi ruang kepada emosi, dialog dan kejujuran watak untuk menonjol

Featured Sun, 25 Nov 2018

Sebelum Ke Pejabat, Ibu Bapa Make Sure Stok Makanan Sentiasa Ada Sepanjang Cuti Sekolah!

So parents make sure stok makanan di rumah mencukupi supaya anak anda tidak ditinggalkan dalam kelaparan! 

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

《金环奖》入围名单出炉 陈泽耀「有望」再封影帝

第二届《马来西亚国际电影节暨金环奖》入围名单出炉啦!共有12部竞赛电影入围,而本地电影《分贝人生》、伊朗电影《封锁》和台湾电影《大佛普拉斯》共获6项提名,成为入围大赢家!

Featured Wed, 13 Apr 2022
Hiburan Thu, 8 Aug 2019

Gempak Habis…Gabungan Pemuzik Handalan Asia Dalam Project E.A.R!

Pengenalan pertama Project E.A.R. memperlihatkan Pop Shuvit (Malaysia), Slapshock (Filipina), Thaitanium (Thailand), Saint Loco (Indonesia) dan Ahli Fiqir (Singapura) mempersembahkan medley lagu-lagu dalam bahasa kebangsaan masing-masing (Bahasa Malaysia,Indonesia,Tagalog dan Thai).

Featured Sun, 12 Sep 2021
Trending Thu, 20 Oct 2022

“Ini Semua Drama Je Tau… Bukan Betul-Betul”- Akibat Watak ‘Makan Dalam’, Syamim Farid Terima Ugutan Simbah Asid

Watak Heliza menerusi drama yang kini mencetuskan fenomena, Sekali Lagi Cinta Kembali, memberi impak besar kepada Che Puan Syamim Farid, 31, apabila diugut akan disimbah dengan asid selain menerima kata-kata kesat daripada individu yang tidak […]

error: Content is protected !!