Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 23, 2026 @ 6:31am

Bergandingan Dengan Pevita Pearce & Refal Hady, Shatirah Amanda Bakal Bintangi Filem Indonesia Selepas Lolos 3 Peringkat Uji Bakat

Pelakon dan penyanyi Shatirah Amanda mencatat satu lagi pencapaian penting dalam kerjaya seni apabila terpilih untuk membintangi filem biografik Rose Pandanwangi, sebuah produksi berskala sinema dan festival terbitan Summerland Production di bawah arahan produser serta pengarah terkenal Indonesia, Razka Robby Ertanto.

Dalam filem ini, finalis Top 5 XTRA XSTAR 2025 ini memegang watak seorang penyanyi seriosa dalam koir yang juga rakan seperjuangan kepada watak utama, Rose. Cerita ini menampilkan perjalanan Rose sebagai tokoh seni suara yang berusaha mengangkat martabat nyanyian seriosa, termasuk penyertaan dalam pertandingan di Belanda dan usaha mengembangkan seni tersebut di Indonesia.

Amanda turut bergandingan dengan barisan pelakon utama Indonesia, antaranya Pevita Pearce yang membawa watak Rose dan Refal Hady sebagai watak hero filem, sekali gus menjadikan projek ini pengalaman yang besar dan bermakna dalam perjalanan seninya.

“Dapat bekerja bersama artis hebat Indonesia seperti Pevita sebagai Rose dan Refal sebagai hero filem ini menjadikan pengalaman ini sangat berharga dan bermakna buat saya,” katanya.

Pemilihan Amanda dibuat selepas melalui tiga peringkat saringan uji bakat secara dalam talian sebelum akhirnya dipilih, berdasarkan latar belakangnya sebagai penyanyi serta keupayaan vokal yang memenuhi keperluan watak.

ARTIKEL BERKAITAN: Shatirah Amanda Tampil Dengan Karya Peribadi, Tonjol Vokal Unik Dalam ‘Kasih Tersayang’

Menurut pihak produksi, antara kelebihan utama Amanda termasuk kelunakan suara, penampilan yang sesuai dengan latar zaman penceritaan, serta bakat semula jadi yang memberi sentuhan visual dan emosi selari dengan kehendak filem biografik berunsur klasik.

Menariknya, sebagai satu-satunya artis Malaysia yang terlibat dalam filem ini, Razka Robby Ertanto sendiri menghubungi Amanda secara peribadi untuk memaklumkan berita pemilihannya.

Pengarah itu turut menyatakan keyakinan bahawa Amanda mampu membawakan watak penyanyi seriosa dengan baik, bukan sahaja dari segi lakonan, malah dari aspek disiplin serta teknikal vokal.

Penggambaran Rose Pandanwangi dijalankan di sekitar Jakarta, Indonesia dan Amsterdam, sekali gus menjadikan produksi ini sebuah projek antarabangsa yang memberi pendedahan luas kepada barisan pelakonnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shatirah Amanda Bangkit Dengan MV ‘Langit Bukan Bumi’ Versi Baru, Dedah Kerugian Cecah RM50,000 Akibat Ditipu Pihak Produksi

Amanda turut meluahkan keterujaan bekerjasama dengan produksi Indonesia dan menganggap pengalaman ini sebagai pemangkin semangat untuk menembusi pasaran luar negara pada masa hadapan.

“Saya sangat seronok bekerja dengan produksi Indonesia. Pengalaman baharu ini benar-benar memberi dorongan kepada saya untuk terus mengembangkan bakat dan menembusi pasaran antarabangsa pada masa akan datang,” tambahnya.

Bekerja di bawah pengarahan Razka Robby Ertanto yang telah memenangi pelbagai anugerah menerusi karya-karyanya sebelum ini turut disifatkan Amanda sebagai peluang yang sangat dinantikan dan bernilai tinggi dalam pembentukan kerjaya seninya.

Disasarkan untuk tayangan pawagam serta saringan festival, Rose Pandanwangi sekali gus meletakkan Shatirah Amanda sebagai antara artis Malaysia yang semakin mendapat pengiktirafan di peringkat serantau, selain membuka ruang kerjasama lintas negara dalam landskap perfileman Asia Tenggara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Mar 2023
Featured Sat, 6 Sep 2025
Events Fri, 4 Nov 2022

Berang Bahagian Belakang Kereta Hancur Dihimpit Lori, Penyanyi Baharu Qistina Khaled Cari Bukti CCTV

Bahagian belakang kereta milik penyanyi dan pelakon baharu, Qistina Khaled hancur dihimpit lori ketika diletakkan di sebuah kawasan tempat letak kereta. @rusamusic Kesian @Qistina Khaled 😭 #rusamusic #rusamvm #qistinakhaled #keretakenalanggar ♬ Dramatic Music – RinkevichMusic […]

Trending Mon, 26 Jul 2021

Ganti Mira Filzah Jadi Pengacara Nona, Amyra Rosli Sedia Berdepan Kritikan Netizen – “Saya Dah Siapkan 101 Percent!”

Pelakon Amyra Rosli mengakui terkejut apabila dipilih untuk menerajui program Nona sebagai hos menggantikan aktres Mira Filzah. Optimis dan menerima rezeki ini dengan penuh kesyukuran, isteri kepada pelakon Amar Baharin ini menganggap tawaran yang datang […]

Trending Mon, 22 Jan 2018

5 Trik Oversized Shirt

Kemeja dengan ukuran besar atau oversized shirt sentiasa menjadi item pilihan penggemar fesyen tidak kira bagi mereka yang memiliki badan besar mahupun bertubuh kecil.

Trending Mon, 2 Apr 2018

(VIDEO) Huru-Hara Di Butik Victoria’s Secret Gara-Gara Sale. Nasib Baik Tak Runtuh!

Jadi memang betullah. Kadang-kadang bila ada jualan murah, sesetengah orang itu boleh hilang pedoman.

Trending Sat, 10 Jul 2021

Tiup Semangat Melawan Pandemik Covid-19, Mafidz Tampil Dengan Hujan Pasti Berhenti

Kumpulan Mafidz yang dianggotai oleh tiga beradik kini tampil dengan single terbaru berjudul Hujan Pasti Berhenti. Hujan Pasti Berhenti merupakan sebuah lagu untuk meniup semangat rakyat Malaysia bagi kekal bertahan di era pandemik ini. Hujan […]

Trending Fri, 8 Mar 2024
error: Content is protected !!