Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 10, 2021 @ 8:33pm

Tiup Semangat Melawan Pandemik Covid-19, Mafidz Tampil Dengan Hujan Pasti Berhenti

Kumpulan Mafidz yang dianggotai oleh tiga beradik kini tampil dengan single terbaru berjudul Hujan Pasti Berhenti.

Hujan Pasti Berhenti merupakan sebuah lagu untuk meniup semangat rakyat Malaysia bagi kekal bertahan di era pandemik ini. Hujan pasti berhenti, begitu juga wabak Covid-19 serta kegelisahan yang melanda kita semua dan lagu ini mungkin dapat menenangkan seketika jiwa yang resah, gusar dan gundah.

Membawa mesej menaikkan semangat dan dilancarkan pada musim pandemik Covid-19, lagu ini merupakan sebuah karya baharu yang mana lirik ditulis oleh Umila Rahman.

Umila merupakan seorang pemuisi dan juga penulis buku Hujan Bakawali terbitan Rumah Ripta.

Bergenre Pop Folks, melodi lagu ini dicipta oleh kumpulan Mafidz yang dianggotai oleh tiga saudara iaitu Megat Hafidz, Megat Aizzat dan Megat Fazly.

“Mesej lagu Hujan Pasti Berhenti adalah relevan untuk semua golongan dan peringkat umur dan memberi penghargaan kepada frontliner yang bertugas bagi melawan pandemik Covid-19. Gabungan dua anak seni ini dapat membantu menyebarkan mesej lagu ini dengan lebih meluas dan berkesan.

“Umila boleh dikategori sebagai pemuisi dan penulis muda yang hebat. Beliau bermula dengan menerbitkan karya sasteranya secara bebas sejak 2014. Bintang Violet, Foam, Perempuan Perempuan Merbahaya dan Hujan Bakawali di Rumah Tuhan.

“Umila juga aktif dalam penulisan skrip, penulisan konten dan Hujan Pasti Berhenti merupakan lirik pertama beliau. Kami menitikberatkan mesej dan kualiti yang disampaikan dalam setiap lagu yang kami tampilkan,” kata Mafidz menerusi sebuah kenyataan media.

Lagu ini merupakan sebuah projek khas yang melibatkan Dana Kandungan Digital (DKD) dibawah kategori dana Mikro oleh FINAS yang diberi kepada Aidilhayat Omar, Pengarah Syarikat Hayat Kreatif Sdn. Bhd.

Lagu telah melalui proses mixing dan mastering oleh Megat Fazly. Video muzik Hujan Pasti Berhenti diarahkan oleh Megat Hariz dan Megat Muhammad Fitri dari Resonant Pribadi Studio.

Hujan Pasti Berhenti mula berada di platform YouTube pada bermula 1 Jun lalu dan lagu edaran digital oleh syarikat Luncai Emas Sdn Bhd dan berada di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music dan Joox pada 11 Jun lepas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Fad, Ajak, Elly, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad & DJ Lin Meriahkan Syawal Dengan ‘Gurindam Aidilfitri’

Fad, Ajak, Elly, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad dan DJ Lin berganding suara

Hiburan Fri, 31 May 2024
Trending Thu, 2 Aug 2018
Featured Mon, 20 Feb 2023

Didakwa Tidak Lagi Menyanyi & Selesa Duduk Rumah Jaga Anak Sahaja, Ini Respons Syamel

Betul ke Syamel sekarang jadi Mr Mama ni? Tapi tak salah pun…

Featured Fri, 14 Apr 2023

Bakal Cerai Puteri Sarah 18 April Ini, Yusof Haslam Titip Pesan Kepada Syamsul

Semoga mereka berdua bahagia dengan kehidupan masing-masing

error: Content is protected !!