Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 14, 2023 @ 3:04pm

Bakal Cerai Puteri Sarah 18 April Ini, Yusof Haslam Titip Pesan Kepada Syamsul

Pengarah, Datuk Yusof Haslam berpesan kepada anaknya, Syamsul Yusof untuk tidak menyimpan dendam selepas melafazkan talak terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 18 April ini.

Memetik laporan Gempak, beliau berharap agar Syamsul perlu menerima dengan hati terbuka jika Sarah bertemu pengganti dirinya selepas mereka berpisah.

“Kelak jika bekas isteri ada bertemu pasangan lain, Syamsul jangan bengkak hati, jangan berdendam.

“Saya sangat berharap agar silaturrahim antara mereka terjaga demi anak-anak,” ujarnya.

Meskipun rumah tangga Syamsul dan Sarah akhirnya akan terlerai, dia menghormati keputusan pasangan itu demi kebaikan semua pihak.

“Saya doakan yang terbaik dan berharap jika perpisahan itu berlaku kelak, ia berlaku dengan baik atas alasan yang logik.

“Ini bukan perpisahan yang biasa tetapi perpisahan yang meninggalkan zuriat. Jadi saya harap baik sang isteri atau sang suami, masing-masing tahu tanggungjawab.

“Masing-masing kena buang ego, jangan pentingkan diri, fikir masa depan anak-anak,” jelasnya.

Sementara itu, Yusof turut berharap agar tiada dendam yang disimpan dalam hati anak dan Sarah yang terus dianggap sebagai menantunya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 18 April ini untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Hakim Syarie Akmaludin menetapkan tarikh tersebut selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baru dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.

Namun, terma penyelesaian antaranya hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian akan dimaklumkan pada tarikh berkenaan yang akan direkodkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Nov 2022
Trending Fri, 4 Jan 2019

Penerbangan Ke Koh Samui Dibatalkan, Taufan Pabuk Hampiri Thailand

Penerbangan Ke Koh Samui Dibatalkan, Semua Jalan Ditutup Sepenuhnya, Taufan Pabuk Hampiri Thailand

Trending Fri, 14 Apr 2023

[VIDEO] Iklan Raya Wajib Tonton, Imbas Kenangan Silam Takbir Rumah Ke Rumah

Saban tahun kita disajikan dengan pelbagai kisah raya yang menarik di kaca TV mahupun di platform-platform online. Kadang-kadang tu, ada video raya yang cliché giler jalan ceritanya. Mahukan sesuatu yang berbeza, Perodua mempersembahkan sebuah filem pendek ‘Rumah Finale’ yang mengetengahkan […]

Trending Wed, 31 Oct 2018

史上最梦幻婚礼!新娘坐上250颗白色气球升空

婚礼对不少女生来说,都是人生中最重要也最憧憬的时刻之一,总有不少爱浪漫的女生,都会特别期待一场令人永生难忘的特别婚礼!

Featured Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Fri, 27 Dec 2024

Ada Pokok Krismas Dalam Rumah, Ini Penjelasan Sasha Abdul Aziz

Sasha abdul aziz respons isu pokok krismas dalam rumah

Hiburan Fri, 20 Jun 2025
error: Content is protected !!