Euforia Bola 2026
Trending By: Nabihah April 14, 2023 @ 4:03pm

[VIDEO] Iklan Raya Wajib Tonton, Imbas Kenangan Silam Takbir Rumah Ke Rumah

Saban tahun kita disajikan dengan pelbagai kisah raya yang menarik di kaca TV mahupun di platform-platform online. Kadang-kadang tu, ada video raya yang cliché giler jalan ceritanya.

Mahukan sesuatu yang berbeza, Perodua mempersembahkan sebuah filem pendek ‘Rumah Finale’ yang mengetengahkan tradisi warisan ziarah takbir di malam raya, agar sambutan Aidilfitri tahun ini lebih gamat dan bermakna.

“EXCITED” NAK ADAKAN PROGRAM ZIARAH TAKBIR RAYA!

Filem pendek ini mengisahkan tentang Din, seorang Presiden AJK Taman Mawar yang tidak sabar untuk menganjurkan program ziarah takbir malam raya dari rumah ke rumah bersama jiran tetangganya.

Namun, Din agak stress apabila semua penduduk taman kelihatan seperti tidak bersemangat buat perancangan.

Dah lah tu, Din kurang konfiden pula dengan tuan rumah finalé yang terpilih. Bukan apa, rumah penutup tu penting, sebab nanti kesemua jiran akan berkumpul untuk beramah mesra pada akhir sesi takbir.

Macam-macam Din buat untuk pastikan pelan berjalan lancar. Cuma biasalah, serapi mana pun perancangan, kadang kala ada perkara yang kita tak boleh jangka.

Di sinilah dapat dilihat betapa eratnya jalinan komuniti yang bekerjasama dalam mencari penyelesaian.

Nak tahu apa jadi dalam filem raya Perodua ‘Rumah Finale’? Jom tonton sama-sama di bawah. Gerenti Best!

KEMBALIKAN TRADISI DAN SEMARAKKAN KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILFITRI!

Kalau korang nak tahu, tradisi ziarah takbir raya dilakukan selepas solat Isyak malam 1 Syawal dan disertai oleh kaum lelaki daripada pelbagai lapisan umur.

Untuk golongan kanak-kanak yang turut serta, inilah peluang mereka untuk mengutip duit raya di setiap rumah yang diziarahi.

Namun begitu, tradisi unik ini semakin dilupakan. Oleh sebab itu, Perodua ingin menyemarakkan kembali kemeriahan tradisi tersebut agar tidak hilang ditelan zaman.

Semoga filem pendek ‘Rumah Finale’ menjadi teladan buat kita semua kerana sifat saling bantu-membantu penting dalam kehidupan berjiran, agar silaturahim yang dibina kekal erat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Jun 2018

Media Prima Sedia Siar Program Debat Calon Presiden UMNO

Tambahnya, saluran TV3 khususnya mengalu-alukan program berkenaan jika diberi kebenaran menyiarkan secara langsung di televisyen, malah bersedia meluaskan siaran langsung di media sosial seperti YouTube.

Featured Tue, 17 May 2022
Trending Sat, 9 Mar 2024
Hiburan Mon, 31 Jul 2023

Kongsi Mesej Dengan Arwah Ibu Ubai, Shila Amzah Janji Akan Ingat Segala Pesanan – “Terima Kasih Atas Pinjaman Waktu…”

“Lagi seminggu je Mak, minggu depan majlis Sha dan Ubai…” 🥹😭 Pergi yang tak akan kembali, yang tinggal hanya kenangan 🥹 Al-fatihah

Hiburan Fri, 29 Nov 2024

Simpati Dengan Nasib Mangsa Banjir, Fattah Amin Beri Peluang Peminat Kirim Doa

Berada di Tanah Suci, Fattah Amin ingat mangsa banjir

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

LOKALOKO 2026 Bakal Gegarkan Zepp KL Dengan Kolaborasi Malaysia-Indonesia Pada 24 Januari Ini!

LOKALOKO 2026 bakal membuka tirai pada 24 Januari 2026 di Zepp Kuala Lumpur, mempertemukan rentak muzik Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas yang unik

Selebriti Mon, 9 May 2022

Andi Bernadee Kini Lebih Selektif

Kerjaya Andi Bernadee Makin Kukuh

Featured Wed, 17 Jul 2019
error: Content is protected !!