Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 27, 2024 @ 5:44pm

Ada Pokok Krismas Dalam Rumah, Ini Penjelasan Sasha Abdul Aziz

Pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz tampil memberi penjelasan berhubung pokok hiasan krismas yang berada dalam kediamannya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Sasha berkata pokok krismas itu adalah untuk dua pembantunya yang beragama katolik bagi menyambut Hari Natal.

“Saya mempunyai dua orang pembantu yang beragama Katolik dan mereka perlu menyambut Krismas setiap tahun.

“Saya membenarkan mereka untuk meraikan sambutan Krisma di dalam rumah.

“Malah, sebelum mereka keluar pergi gereja, mereka menyediakan keluarga saya dengan pencuci mulut,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Sasha berkata pokok krismas itu juga dihiaskan sendiri oleh kedua-dua pembantu rumahnya itu.

“Mereka tiada sesiapa untuk meraikan Krismas di sini (Malaysia). Saya benarkan mereka buat hiasan kecil dalam rumah dan sambut sesama mereka berdua. Pokok itu juga mereka yang hiasa dan susun sendiri,” katanya.


Sebelum ini, Sasha menerima kritikan segelintir pihak gara-gara sepotong video memaparkan hiasan pokok krismas dalam rumahnya.

Artikel Berkaitan: Ada Hiasan Pokok Krismas Dalam Rumah, Sasha Abdul Aziz Dikritik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Featured Fri, 10 Jan 2025

David Teo Sedia Beli Rumah ‘Lelongan’ Farid Kamil

David terkilan jika berita lelongan itu benar.

Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Thu, 7 Apr 2022

Libatkan Cahaya Mata Dalam Rancangan ‘Diari Daddy’, Shuib Tak Cenderung Anak-Anak Jadi Artis

Mungkin ada sebab tersendiri mengapa Shuib memilih sedemikian..

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Tersalah Muatnaik Foto, Neelofa Mohon Maaf

Jangan kecoh-kecohkan keadaan, Lofa dah minta maaf tu…

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Featured Sat, 14 May 2022
Trending Thu, 17 Jun 2021
error: Content is protected !!