Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 13, 2024 @ 5:00pm

Myra Natasya Mohon Netizen Henti Berdebat Isu Anak Luar Nikah Halim Othman – “Jika Saya Tak Bersuara, Dia Takkan Henti Sakiti Saya”

Anak kepada personaliti radio popular, Halim Othman iaitu Myra Natasya berharap semua pihak henti berdebat mengenai pendedahannya mengenai isu status anak tidak sah taraf atau anak luar nikah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Myra yang juga seorang pelakon itu memohon semua untuk tidak menggunakan perkongsiannya itu sebagai medan untuk berbalah.

Ujar Myra lagi, dia tidak kisah menerima sebarang cacian dan tohmahan di ruangan komen tanpa mengaitkan isu agama dan bangsa untuk berbalah sesama sendiri.

“Can you all not use my post as a debate forum.

“Send as much hate comment, I don’t mind at all. But let’s not use religions and race issue to attack one another,” tulisnya.

Dalam perkongsian berbeza, Myra turut menjelaskan pendiriannya itu dengan menyatakan dia akan terus tersakiti jika terus membisu soal isu tersebut.

“Saya akan mempunyai keberanian untuk melindungi hati saya yang hancur ini kerana seorang kanak-kanak juga harus dihormati.

“Anda mungkin tidak memahami pilihan saya tetapi bayangkan berada di tempat saya selama 29 tahun yang lalu.

“Saya tidak akan menjadi seperti dia, saya tidak akan mewarisi ego dan kebanggaannya. Ini adalah sesuatu yang saya tidak akan pernah turunkan kepada anak-anak saya. Kitaran berakhir di sini.

“Jika saya tidak bersuara untuk diri saya sendiri, dia tidak akan berhenti menyakiti saya. Dia menukar identiti saya, dia tidak akan mengubah cerita saya,” coretnya lagi.

Terdahulu, Myra membuat pendedahan dengan mengaku berstatus anak tidak sah taraf atau anak luar nikah.

Malah, Myra turut berasa berang apabila mendapat tahu Halim Othman sudah mengubah identiti asalnya dengan membuat sijil kelahiran baru.

Myra juga mendedahkan Halim tidak wujud ketika dia dilahirkan sebaliknya ada individu lain yang menjaganya dari kecil hingga besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku Anak Luar Nikah, Myra Natasya Dedah Halim Othman Tukar Sijil Kelahiran Asal – “Masa Saya Kecil, Memang Dia Tak Wujud” 

Terdahulu, menurut laporan media, Myra memaklumkan ibunya dan Halim berkahwin di Thailand pada 1994 dan turut bercerai di sana pada 1998.

Myra yang lahir pada 1995 sukar untuk berbintikan nama Halim kerana perkahwinan itu tidak didaftarkan di negara ini.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Dec 2021

Geramnya! Tindakan Pemandu 4X4 Langgar Kera Hingga Mati Timbulkan Kemarahan Netizen

Seorang pemandu kenderaan jenis 4X4 berwarna putih dipercayai telah melanggar beberapa ekor kera sehingga ada yang mati di sebuah jalan di kawasan perumahan Taman Majupadu, Kluang, Johor. Kejadian ini dikongsikan menerusi video yang dimuat naik […]

Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Tue, 25 Feb 2025

Hadir Majlis Doa Selamat Fattah Amin, Netizen Teruja Ustaz Dr Zulkifli Selit Foto Bersama Amira Othman

Dr Zulkifli hadir majlis doa selamat Fattah Amin, serba putih kongsi foto dengan Amira Othman

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

黄明志再为四叶草打造洗脑歌 MV与台湾知名优管红人合作

大马网络红人Joyce四叶草推出首张专辑《我来自四叶草》,这次最新主打歌《莫名其妙爱上你》请来台湾优管红人(Youtuber)「这群人TGOP」和「重量级」合作拍MV,以校园纯爱剧情,一改红人搞怪形象,让MV一出街粉丝直夸“萌萌哒!”

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Featured Tue, 29 Jun 2021

Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP Mulai 12 Julai 2021

Umum maklum, kerajaan telah mengumumkan pengeluaran KWSP iaitu sebanyak RM 5,000 kepada semua pencarum melalui inisiatif terbaharu, i-Citra di bawah Pakej PEMULIH. Berikut kami kongsikan maklumat lanjut mengenai syarat dan cara permohonan i-Citra. Apakah i-Citra […]

error: Content is protected !!