Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd June 29, 2021 @ 5:15pm

Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP Mulai 12 Julai 2021

Umum maklum, kerajaan telah mengumumkan pengeluaran KWSP iaitu sebanyak RM 5,000 kepada semua pencarum melalui inisiatif terbaharu, i-Citra di bawah Pakej PEMULIH.

Berikut kami kongsikan maklumat lanjut mengenai syarat dan cara permohonan i-Citra.

Apakah i-Citra KWSP?

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Syarat Kelayakan Memohon

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;Mempunyai jumlah simpanan sekurang -kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

 

*Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan

i.Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.

ii. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.

iii.Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan

iv.Bayaran minimum adalah RM50

v. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

iv.Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

NOTA:

-Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

-Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)

Cara Semakan Baki KWSP

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  • i-Akaun (Ahli)Aplikasi mudah alih
  • i-AkaunKios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Cara Permohonan

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021.

Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Tarikh Bayaran Diterima

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Maklumat Lanjut

  • Laman web rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra
  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP
  • Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 May 2019

‘Tugas Saya Bukan Buka Aib Restoran’- Naz Rahman JJCM

Dalam perkembangan lain, Naz turut berkongsi program JJCM juga bakal memasuki musim baharu bermula Oktober depan.

Hiburan Sat, 23 Mar 2019

Tolak Minuman Manis Rahsia Tubuh Menawan Adeline Tsen

Yang suka minum air manis tu, amacam jom try macam Adeline?

Featured Sat, 27 Sep 2025

Alif Satar Terharu Keffiyeh Jadi Simbolik Solidariti Di Luar Negara

Alif Satar berkongsi berita gembira dan rasa terharu apabila melihat sokongan yang diberikan penduduk dibeberapa negara Eropah terhadap isu Palestin.

Featured Thu, 8 Dec 2022

[VIDEO] Haqiem Rusli Kena Beguk, Isteri Minta Tips Redakan

Alamak, sakitnya kena beguk! Get well soon Haqiem!

Trending Thu, 10 May 2018

Dinobat Sebagai Puteri Muslimah Asia 2018, Uyaina Bangga Harumkan Nama Malaysia

Kemenangan itu melayakkan Uyaina membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan trofi.

Hiburan Wed, 24 Jun 2026

Uyaina Arshad Cemas Anak Demam Panas Hingga Meracau, Akhirnya Disahkan Positif RSV

Uyaina Arshad memohon doa orang ramai selepas anak keduanya, Raja Urayyan disahkan positif jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV)

Featured Mon, 18 Dec 2023

Aina Abdul Mahu Perkukuh Kedudukan Sebelum Ke Luar Negara

Moga impian Aina termakbul dan dapatkan harumkan nama Malaysia macam TokTi❤️

Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Emma Maembong Dah Ada Kekasih Hati?

Kalau betul pun apa salahnya kan?

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Anak Jutawan Tapi…

Bagus Harris…sikap begini yang harus kita contohi!

error: Content is protected !!