Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas May 15, 2019 @ 1:24pm

‘Tugas Saya Bukan Buka Aib Restoran’- Naz Rahman JJCM

Pengacara Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Naz Rahman mengaku sentiasa berhati-hati sepanjang tujuh tahun mengendalikan program berkonsep travelogue itu.

Naz atau nama sebenarnya Nazrudin Rahman memberitahu dia perlu berhati-hati setiap kali membuat ulasan mengenai restoran dikunjungi kerana bimbang menjejaskan periuk nasi pemilik.

“ Setiap manusia memiliki citarasa tersendiri yang mana kalau saya rasa sedap belum tentu orang lain rasa sedap.

“ Tugas saya sebagai pengacara bukan untuk buka aib restoran tetapi perlu mengolah juadah yang dihidangkan dalam cara dan nada tepat.

“ Ini kerana saya sedar, apa yang saya sebutkan ketika membuat review tentang sesebuah restoran bakal memberi impak. Silap hari bulan jika tersalah sebut ia mungkin boleh menjejaskan periuk nasi peniaga. Oleh itu saya sangat berhati-hati ketika mengulas,” katanya kepada Xtra ketika ditemui di ruang legar utama Suria KLCC sempena pelancaran dekorasi Raya bertemakan ‘Semurni Ikatan, Seindah Lebaran’ hari ini.

Dalam perkembangan lain, Naz turut berkongsi program JJCM juga bakal memasuki musim baharu bermula Oktober depan.

“ JCM sudah berubah konsep di mana program ini lebih menekankan mengenai kesihatan bersama komuniti sambil menjamu selera.

“ Dalam masa sama, konsep JJCM juga adalah untuk mengelakkan pembaziran. Jika dulu saya akan makan 10 hingga 12 jenis menu untuk setiap restoran, kini JJCM akan memilih juadah terbaik sahaja,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Jan 2026
Hiburan Wed, 13 Dec 2017

Takdir Satukan Elizad & Riezman

Filem TAKDIR, banyak pengajaran untuk pasangan suami isteri agar terus meletakkan kepercayaan antara satu sama lain.

Hiburan Mon, 23 Dec 2019

Muncul Juara GV6, Naqiu Simpan Hajat!

Tahniah Naqiu & Hady Mirza!

Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Wed, 8 May 2024
error: Content is protected !!