Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 8, 2022 @ 1:44pm

[VIDEO] Haqiem Rusli Kena Beguk, Isteri Minta Tips Redakan

Penyanyi terkenal, Haqiem Rusli mengalami jangkitan beguk, baru-baru ini.

Ia berdasarkan sebuah video yang dimuat naik oleh isteri Haqiem, Anis Sofea ketika mereka berada di klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Jahat la kita gelakkan suami kita kena beguk. By the way, any suggestions untuk redakan beguk please,” tulis Anis di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan untuk menyapu nila pada beguk pelantun lagu popular Selamat Tinggal Sayang itu.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram milik Haqiem, dia berkongsi sebuah foto memaparkan dirinya berada dalam bilik rawatan doktor beserta kapsyen ‘Man Down’.

Ramai yang mendoakan Haqiem agar kembali sembuh seperti sedia kala sebelum menjelang showcase ‘Malam Mimpi’ pada 14 Januari depan.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 717,000 tontonan, 64,000 tanda suka dan 328 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Aug 2024
Filem Mon, 6 May 2024
Trending Mon, 18 Feb 2019
Hiburan Thu, 24 Oct 2019
error: Content is protected !!