Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 25, 2023 @ 6:05pm

Liza Hanim Sedih Dikutuk Hidung Kembang & Kulit Gelap, Sekali Siti Nurhaliza Bidas – “Netizen Konon Pandai Menilai Tapi…”

Tiada angin tiada ribut. Tiba-tiba ada individu tanpa rasa bersalah yang mengutuk fizikal penyanyi popular Liza Hanim di komen sebuah perkongsian, baru-baru ini.

Tidak berdiam diri, Liza tampil memuat naik tangkap layar yang memaparkan akaun @jab_netizen yang menyebut namanya di ruangan komen sambil melemparkan kata-kata cacian terhadap penyanyi tersebut.

Lebih menyakitkan, akaun tersebut turut mengutuk fizikal pelantun Gelisah Mimpi itu dengan mengatakan hidung kembang dan kulit tidak cerah membuatkan Liza tidak menyerlah dalam karier nyanyian suatu ketika dahulu.

Malah, akaun tersebut turut menyebut nama penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza pada ruang komen tersebut.

“Bukan sentap, bukan. Tetapi i need to address this. Kenapa orang tak cantik memang tak boleh menang apa-apa ke di Malaysia or international? Orang yang tak putih hidung tak mancung memang tak boleh ke berjaya di Malaysia ni?

“Ya betul akak sedar and akak sangat bersyukur dengan apa yang Allah SWT telah kurniakan pada akak. As long as im happy with my family akak tak kisah la semua cantik buruk ke akak ni bagi standard manusia.

“Allah kurniakan bakat untuk akak boleh menyanyi tapi akak tak ada rupa paras yang mana semua mahukan putih cantik gebu mancung semua tu tapi akak tetap bersyukur.

“Tergamak nak bagi comment macam ni, berkali kali pula tu, why? motif?,” luah Liza.

Tambah Liza, dia tidak terbit rasa takut dengan cacian yang diterimanya itu namun akui sedih apabila terdapat manusia yang tidak sensitif dan tiada rasa timbang rasa.

“Kekadang bahasa kata tu lagi penting dari rupa paras tau.. akak tak goyang dengan cacian kutukan kritikan sesiapa tapi budaya sekarang agak melampau.. kekadang akak tertanya juga rupa orang yang tulis ni macam mana la agaknya?

“Its my 26th year in this industry, pelbagai dah yang akak lalui dan hadapi so benda kutukan secara halus mu ni tak goyangkan akak dik tapi aku sedih, you are inconsiderate, insensitive.

“Posting ni untuk semua yang pernah kena kutukan macam akak untuk kita bangkit stay strong and do what ever that makes us happy for ourself and our family and we continously bersyukur kepada Allah SWT atas segala kurnianya,” tulis Liza.

Liza Hanim Liza Hanim

Tidak terhenti di situ, Siti Nurhaliza turut menyesali dengan komen yang dibuat akuan tersebut, malah menegaskan setiap orang tidak layak untuk bercakap mengenai fizikal seseorang.

Dalam pada itu, Siti turut memberi sokongan kepada rakan seperjuangannya itu agar terus berjuang.

“Tulisan daripada @jab_ netizen jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik & hati yang hitam..

“Jangan menyentuh soal fizikal, sebab semua orang tidak sempurna. Kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya.

“My dear sis @lizahanim79, teruskanlah perjuangan kerana setiap pengorbanan dan kesungguhan Allah SWT janjikan kejayaan! Inilah masanya. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya buat mu sis,” tulis Siti.

Liza Hanim

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

‘ Masa Nak Salam, Rupa-Rupanya…’- Netizen Terkejut Imamkan Pelakon Popular Ini!

Selain dikurniakan wajah yang sedap mata memandang, keperibadiaan sederhana, pelakon terkenal ini juga dikatakan menjaga solat.

Featured Thu, 13 Jan 2022

Lelaki 57 Tahun Sihat Selepas Tiga Hari Lalui Pembedahan Pemindahan Jantung Babi

Seorang lelaki warga Amerika Syarikat menjadi manusia pertama di dunia menjalani pemindahan jantung daripada babi yang diubah suai secara genetik. Lelaki yang dikenali sebagai David Bennet berusia 57 tahun disahkan sihat tiga hari selepas prosedur […]

Featured Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Tue, 31 Mar 2026
Hiburan Thu, 28 Dec 2017

“CALLING ME A BITCH?” DIANA DANIELLE GADUH

Entri itu seterusnya mengundang ‘perang’ komen antara peminat dan juga followers nya yang lain

Hiburan Sat, 18 May 2019

‘Dia Mungkin Dah Terlepas Ujian Dunia, Nasib Kita Belum Tentu Lagi’- Alif Satar Komen Isu Kontroversi Aliff Aziz

Dengar tu apa Alif pesan, jangan sibuk gelakkan musibah orang bimbang nanti terkena diri sendiri.

Featured Fri, 2 May 2025

“Kau Tahu Ke Saja Buat Sengal?” – Abby Abadi Backup Cik Epal, Bekas Suami Dakwa Sengaja Bangkit Isu Anak Untuk Pergi ‘Berjimba’

Abby sempat berkongsi hantaran mesej langsung (Direct Message) yang diterima untuk melaga-lagakannya dengan pempengaruh wanita berkenaan.

error: Content is protected !!