Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 18, 2019 @ 6:16am

‘Dia Mungkin Dah Terlepas Ujian Dunia, Nasib Kita Belum Tentu Lagi’- Alif Satar Komen Isu Kontroversi Aliff Aziz

Nama mereka ada persamaan tetapi dua penyanyi ini mendapat penerimaan berbeza di kalangan peminat hiburan tanah air.

Di kala penyanyi Aliff Aziz dikecam hebat netizen gara-gara kecurangannya dengan bekas isteri, lain pula bagi Alif Satar yang selalu dilabel sebagai suami contoh.

Namun begitu, penyanyi yang baru sahaja tampil dengan kolaborasi bersama kumpulan Raihan ini memiliki pandangan tersendiri mengenai hal yang menimpa rakan selebritinya itu.

“ Mungkin ramai tidak tahu, saya dan Aliff Aziz rapat ketika di awal kemunculan dalam bidang seni. Saya mengenalinya sebagai seorang anak lelaki yang sangat soft spoken terutama dengan keluarga.

“ Mengenai hal peribadi, bukan hak saya untuk masuk campur untuk memberi komen. Apa yang menimpanya merupakan satu ujian buat dia dan saya berharap netizen tidak terlalu bersorak atas musibah orang lain.

“ Dia mungkin sudah terlepas ujian besar di dunia. Nasib kita belum tentu lagi. Secara peribadi saya juga kurang setuju dengan tindakannya tetapi siapa kita untuk menghukum kesalahan orang lain. Masing-masing akan diuji ketika berada di dunia, ini mungkin bahagian dia,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa Sinar Ramadan bersama Komited Malaysia, semalam.

Bapa kepada dua anak ini juga kecewa dengan sikap segelintir netizen yang berterusan menjadikan apa yang menimpa rakannya itu sebagai bahan lawak.

“ Tak salah mahu bergurau tetapi saya nampak gurauan itu adakala sedikit keterlaluan. Lebih-lebih lagi saya selalu dikaitkan setiap kali dia berdepan kontroversi.

“ Kalau dua tiga kali okaylah tapi kalau beribu komen diterima untuk benda yang sama, saya tidak rasa ia satu hal yang boleh diketawakan lagi.

“ Bayangkan kalau kita berada di tempat keluarga Aliff Aziz, apa agaknya yang mereka lalui ketika ini. Saya mengenali keluarganya secara peribadi dan mereka sangat baik. Ini mungkin ujian buat Aliff tetapi tidak bermakna ini ruang untuk netizen mempersendakan masalah yang sedang menimpanya,” akhiri Alif.

Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan apabila Aliff Aziz  akhirnya melafaz cerai talak satu terhadap Bella Astillah di Mahkamah Rendah Syariah selepas berdepan beberapa episod kes curang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 May 2023
Featured Tue, 30 Aug 2022

Tular Foto Nampak L*rah, Netizen Dakwa Eyka Farhana Makin Berani

Uishhh, lain betul penampilan Eyka Farhana ni ek? Orang kata memang berani mati lah sampai dedah…..🤭

Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Featured Wed, 10 Jun 2026

“Filem Kita Dah Makin Berkualiti”- Beto Kusyairy Seru Penonton Sokong Karya Tempatan Di Pawagam

Beto Kusyairy menyeru orang ramai terus memberikan sokongan terhadap filem tempatan di pawagam.

Hiburan Sun, 5 Jan 2025
Featured Mon, 6 Mar 2023

Individu Perlekehkan Siti Nurhaliza… Bandingkan Penyanyi Lokal Dengan Blackpink, Ernie Zakri & Hael Husaini Luah Rasa Kecewa – “Jangan Cakap Pasal…”

Amboiii, beraninya petik nama penyanyi nombor satu negara kita 🥵🥵 Konsert Blackpink tak dapat kalahkan konsert TokTi tau 🤪

Hiburan Wed, 22 Oct 2025
Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Aktor Terkenal Mabuk Di Kelab Malam, Klip Cium GF Orang Viral?

Alamak, siapa pelakon lelaki yang disebutkan tu? Kemain galak lagi 🤭 Tacoddd 🥵

Hiburan Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Harry Styles Didakwa Meludah Chris Pine

Kalau tengok macam betul je Harry ludah Chris. Kesian dia…

error: Content is protected !!