Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 22, 2025 @ 5:16pm

“Saya Tak ‘Hamak’ Dapat Percuma” – Misha Omar ‘Battle’ Beli Tiket Konsert Rakan Industri, Tanda Hormat Karya Seni

Penyanyi bersuara lunak, Misha Omar menegaskan kehadirannya ke konsert rakan selebriti bukan kerana terpaksa atau semata-mata mahu menjaga hati sesiapa, sebaliknya atas dasar minat dan rasa hormat terhadap karya seni mereka.

Misha atau nama lengkapnya, Samihah @ Aishah Omar berkata setiap kali menghadiri persembahan rakan seindustri, dia tidak pernah meminta tiket percuma, sebaliknya lebih selesa membelinya sendiri sebagai tanda sokongan tulus.

“Saya pergi ke konsert rakan-rakan bukan sebab nak jaga hati sesiapa. Saya memang suka meraikan orang dan menghormati karya mereka. Bila saya hadir, itu kerana saya benar-benar minat pada seni,” katanya.

“Saya nak tunjuk kepada peminat bahawa saya pun beli tiket macam orang lain. Tak ada istilah saya datang sebab dapat percuma. Saya sendiri keluarkan duit dan bersaing dengan peminat lain untuk beli tiket,” ujarnya.

Misha berkata demikian pada sidang media Konsert DiA Misha Omar yang diadakan di Pusat Perdagangan Ikon City, Petaling Jaya, pada Selasa.

Berkongsi lanjut, Misha juga menjelaskan untuk konsertnya sendiri yang bakal berlangsung pada November ini, tiada istilah tiket percuma walaupun untuk ahli keluarga terdekat.

“Untuk konsert saya sendiri pun, tak ada tiket percuma. Suami, anak saudara, abang. semua beli tiket macam orang lain.

“Saya bukan orang yang ambil semua keuntungan untuk diri sendiri. Nak hasilkan konsert yang baik, kita perlukan pasukan profesional dan semua itu perlu dibayar.

“Jadi setiap tiket yang dijual bukan untuk saya seorang, tapi untuk gaji semua yang terlibat.

“Kalau ada yang terasa hati sebab tak dapat tiket percuma, saya jelaskan hal ini dan biasanya mereka faham,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta itu turut menzahirkan rasa syukur apabila rakan artis menunjukkan sokongan dengan membeli tiket untuk persembahan showcasenya sebelum ini.

“Alhamdulillah, belum pernah lagi rakan artis minta tiket percuma. Waktu showcase tahun lalu, semuanya beli sendiri termasuklah Ernie Zakri, Syamel dan Nabila Razali yang beli sampai 10 tiket.

“Sebagai rakan seindustri, saya faham betapa besar usaha yang diperlukan untuk hasilkan sebuah persembahan. Jadi bila ada konsert kawan-kawan, saya pun beli tiket sendiri untuk sokong mereka, sama seperti mereka sokong saya,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Aug 2022

Tukar Nama Kepada ‘Azri Alexander’? Azri Iskandar Batal Hasrat Sebab…

Alahai sampai nak tukar nama eh sebab selalu kena kecam 😌 Korang rasa patut ke Azri Iskandar tukar jadi Azri Alexander?

Trending Wed, 12 Jan 2022

Rebut Peluang Jadi Penyampai Radio Fly FM Menerusi Flydol 2022!

Menanam impian dan cita-cita untuk bergelar penyampai radio di stesen Fly FM? Apa lagi, rebut peluang anda dengan menyertai Flydol 2022! Rakam aksi menarik anda sebagai penyampai radio menerusi ‘duet challenge’ Flydol 2022 dalam masa […]

Trending Wed, 12 Jun 2019

Pengakhiran ‘Derita’ Ainul Mardhiah..

Pengakhiran penderitaan Ainul Mardhiah..

Featured Fri, 28 Oct 2022

Scha Elinnea Bengang Dengan Produksi – “Lama Dah Bersabar Dengan Tempat Toksik Ni”

Hmm dah banyak kali jugak dengar produksi tak jaga kebajikan pelakon ni

Featured Fri, 1 Aug 2025

Elcah Perjelas Syada Amzah Bukan Perosak Rumah Tangga – “Dia Hanya Jadi Orang Tengah…”

Kata Elcah, tindakan yang ditunjukkan Syada itu hanyalah inisiatif seorang rakan terhadap rakannya.

Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Tegur Suami Makin Kurus & Penampakan Baby Bump, Ini Respons Intan Najuwa

Fuh, serius Datuk makin kurus lah pandai Intan jaga😍 Baby bump tu kalau betul alhamdulillah.

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Naim Daniel Diugut Netizen Gara-Gara Blackpink!

Sebagai peminat apa salahnya post gambar macam tu kan?

Trending Wed, 11 Mar 2020
Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Beruntung Sungguh…Neelofa Tunai Haji Kali Kedua

Neelofa bakal menunaikan ibadah haji buat kali kedua.

error: Content is protected !!