Euforia Bola 2026
Hiburan By: Atiqah Johari August 30, 2023 @ 5:03pm

Akui Sedih Suami Maklum Kahwin Lagi, Isteri Pertama Rahim Sepahtu Dedah Berkurung & Ambil Masa 2 Minggu Untuk ‘Move On’

Sehingga hari ini, isu poligami dalam sesebuah perkahwinan masih menjadi topik hangat dalam kalangan warganet gara-gara penangan ‘Abang Tesla’.

Tidak terkecuali, isteri pertama kepada pelawak dan penyampai radio Rahim Sepahtu iaitu Norazlin berkongsi pengalamannya apabila suaminya bakal berkahwin untuk kali kedua.

Memetik laporan Harian Metro, Norazlin atau mesra dipanggil Kolin mendedahkan bahawa dia pernah berkurung selama dua minggu selepas suaminya meluahkan hasrat bakal berkahwin lagi.

Secara jujurnya, Kolin mengakui dia berasa sedih dan mengambil masa selama dua minggu untuk ‘move on’.

“Saya percaya semua wanita akan berasa sedih bila tahu suami mahu kahwin dua. Mustahil kalau saya kata tidak sedih. Berapa lama masa untuk ‘move on’ itu bergantung kepada individu.

“Macam saya hanya mengambil masa dua minggu sahaja. Sebabnya, Rahim memainkan peranan dia sebagai suami dengan baik. Saya rasa tidak dibuang pun.

“Sepanjang dua minggu itu saya duduk dalam bilik. Saya tak keluar rumah, tak pergi mana-mana. Kemudian bila diri saya dah rasa okey. Saya keluar bilik. Terus saya ‘move on’ dan lupakan perasaan sedih itu,” luahnya.

Dalam pada itu, Kolin memaklumkan bahawa ibunya dan anak-anak antara yang menjadi kekuatan pada ketika itu.

“Sumber kekuatan itu mungkin datang daripada ibu saya. Dia pernah pesan dekat saya mengatakan yang setiap orang ada bahagian mereka masing-masing. Mungkin inilah bahagian saya (hidup bermadu).

“Waktu berlaku itu saya sayang suami, tak akan saya nak lepaskan dia. Kami sudah ada keluarga, ada anak-anak. Semua sudut di ambil kira dan difikirkan,” jelasnya lagi.

Untuk makluman, Rahim mempunyai dua orang isteri iaitu Norazlin Abdullah dan Lily Khay.

Rahim dikatakan berkahwin dengan isteri kedua pada tahun 2015 dengan persetujuan isteri pertama namun mendedahkan perkahwinan tersebut selepas setahun kepada umum.

Hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama, pelawak itu dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 19 Aug 2025

Berat Badan Susut 15 Kilogram, Noki Tepis Dakwaan Sakit – “Saya Mahu Bentuk Badan Berotot Bukan Berlemak”

Anggota kumpulan rap popular K-Clique, Noki menafikan dakwaan dirinya sakit selepas dilihat semakin kurus.

Hiburan Tue, 26 Mar 2024

Alami Pendarahan Tak Berhenti, Vivy Yusof Keguguran Anak Ke-5

Allahuakbar, semoga Vivy sekeluarga tabah 😢

Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Kontroversi Video ‘Sp*nd*r Merah’ Diungkit Semula, Sharifah Sakinah Tenang Bidas Netizen – “Perjalanan Ini Mendidik Saya Jadi Matang”

Sakinah mengakui setiap pengalaman lalu banyak membentuk dirinya menjadi individu yang lebih matang.

Featured Fri, 14 Apr 2023
Hiburan Tue, 14 May 2019
Acara Wed, 15 Nov 2023

Anjur Kempen Projek Mimpi, Sirap Limau Tawarkan Wang Tunai Bernilai RM5,000 Untuk Realisasi Impian!

Setiap orang ada impian masing-masing kan? Sirap Limau ada anjurkan kempen Projek Mimpi untuk realisasi cita-cita korang tu, cepat jangan lepaskan peluang ni guys!

Featured Wed, 25 Jan 2023
error: Content is protected !!