Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi July 17, 2024 @ 1:20pm

Gamit Memori Lagu Popular, New Boyz Sebak Konsert 25th Anniversary “Full House”

Kejayaan Konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang tahun lalu menjadi pembakar semangat buat Popsicle Records dan New Boyz untuk mengadakan konsert di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada tahun 2024.

New Boyz 25th Anniversary Live In Kuala Lumpur merupakan konsert menyambut ulang tahun jubli perak berkarya di dalam industri muzik dan New Boyz mempersembahkan 28 buah lagu dengan ramuan istimewa.

Ia sememangnya memberikan kenangan yang mengubat rindu kepada peminat New Boyz sejak tahun 1999.

Kejayaan konsert New Boyz 25th Anniversary Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Plenary pada Sabtu lalu berjaya menyatukan lebih 3,000 peminat.

Terbukti, kumpulan yang dianggotai Tomok selaku vokalis, Afiez (gitar utama), Jay (gitar utama), Lan (gitar kedua), Zack (bass), Ristoe (dram) dan Along (dram) masih digilai ramai.

Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu turut memuatkan sebanyak 28 buah lagu hits Newboyz seperti Lolita, Meraung, Marah Bukan Sifatku, Sejarah Mungkin Berulang dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, penyanyi wanita popular, Siti Nordiana turut menjadi antara elemen kejutan apabila hadir menyampaikan lagu duet terbaharu bersama Tomok, Memori Mungkin Berulang.

Rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh band muzik popular tanah air ini

Sekadar info, New Boyz merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang diasaskan pada tahun 1997 di Malaysia yang menyampaikan lagu-lagu Melayu. Kumpulan ini diketuai oleh Tomok. Kumpulan ini mula bertapak dalam industri muzik tanahair pada tahun 1999

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 7 Apr 2025

Marsha Milan Bawa Kesedihan Puteri Balqis Dalam Drama Keluarga Itu Menerusi ‘Tangisan Seorang Pendosa’

Dengar lagu ni pun dah rasa full of emotion. Geram ek watak Iman ni!

Hiburan Sat, 16 Sep 2023
Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Looking For The Tips To Buy A House? Catch This New TV Series ‘Misi Rumah Impian’ On TV3

Looking for the ultimate 101 guide on buying a house? Watch this!

Hiburan Sat, 12 Jan 2019

WOW! Leonardo Dicaprio Bawa Teman Wanita Bercuti Di Phuket

Wow, Leo nampak betul-betul serius dalam hubungan kali ni!

Featured Thu, 15 Sep 2022

“Semoga Ini Yang Terakhir” – Gara-Gara Nyanyian ‘Sumbang’, Netizen Tak Mahu Keisya Levronka Datang Malaysia Lagi?

Eh, kenapa netizen tak bagi Keisya nyanyi lagi kat Malaysia? Sumbang sangat ke nyanyian Keisya masa AIM 23 haritu? Hmmm 🥲

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Nora Danish Nak Anak Lagi?

Sama-samalah kita doakan semoga impian Nora menjadi kenyataan

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
error: Content is protected !!