Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 20, 2025 @ 4:01pm

Gara-Gara Watak Iman Dalam Keluarga Itu, Ada Yang Nak Boikot Pasar Raya Rosyam Nor? Ini Respons Tuan Badan

Lakonan aktor berkaliber, Datuk Rosyam Nor sebagai ‘haruan makan anak’ bernama Iman dalam Keluarga Itu yang sedang hangat bersiaran di TV3 mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.

Situasi ini bahkan mendorong sebilangan pihak untuk menggesa boikot terhadap pasar raya miliknya, ST Rosyam Mart.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Namun, sebagai Pengarah ST Rosyam Mart, Rosyam kekal tenang dan menganggap seruan boikot tersebut hanya sekadar gurauan daripada pengguna media sosial.

Anggap sekadar gurauan.

“Memang betul ada yang beritahu saya watak Iman membuatkan ada pihak mahu memboikot ST Rosyam Mart. Sebenarnya mereka tidak memboikot tetapi hanya bergurau.

“Dulu masa saya mula-mula nak buka ST Rosyam Mart pada 2018 pun ramai yang nak boikot, tapi syukur Alhamdulillah, apabila timbul perkara sebegitu, mereka sebenarnya sedang mempromosikan perniagaan saya,” katanya.

Sebelum ini, drama terbitan syarikat produksi milik Erma Fatima itu berjaya menarik perhatian ramai apabila mengetengahkan isu sensitif yang sering dianggap tabu dalam institusi kekeluargaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Watak Iman yang digambarkan sebagai lelaki miang dan menjijikkan terhadap ahli keluarganya sendiri mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial sehingga ada pihak menggesa boikot terhadap perniagaan miliknya.

Mesej mendalam untuk penonton.

Dalam pada itu, Rosyam menegaskan watak Iman yang dilakonkannya bukanlah sekadar elemen sensasi, sebaliknya menyampaikan mesej yang cukup mendalam kepada penonton.

“Watak yang dibawakan tidak sensasi, tapi keadaan itu yang membuatkan perkara itu menjadi panas. Mungkin ramai dalam kalangan kita tahu perkara itu terjadi, tapi tidak dapat mendedahkannya kerana tiada bahan bukti.

“Tapi melalui watak saya sebagai Iman dengan perlakuan saya yang nampak jijik dan menyeramkan, itulah yang dihadapi oleh mangsa-mangsa terbabit.

“Selama ini mereka melihat orang yang mereka sayang tapi sebenarnya seorang binatang. Itulah watak Iman yang ditulis oleh Erma Fatima, kemudian saya bentuk watak itu sebagai satu insan yang melebihi sifat seorang iblis dan syaitan yang tidak mempedulikan darah dagingnya.

“Namun, jika dilihat sekarang ini ramai yang sudah mula berani tampil dan keluar daripada kepompong ketakutan untuk mengaku diri mereka menjadi mangsa,” katanya kepada XTRA.

Rosyam berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pembukaan serentak pusat beli-belah pertama ST Rosyam Mall dan cawangan kelapan ST Rosyam Mart di Jalan Kebun, Klang, malam tadi.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan turut disaksikan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho.

Kempen RM1.5 Juta Ganjaran Untuk Anda di St Rosyam.

Dengan keluasan 114,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang lebih luas dan selesa, menampilkan lebih 30 premis terkenal dalam pelbagai kategori seperti fesyen, makanan dan teknologi. Sempena pembukaan ini, kempen RM1.5 Juta Ganjaran Untuk Anda diperkenalkan, menawarkan hadiah menarik termasuk 100 pakej Umrah percuma kepada pelanggan bertuah.

Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho Cheng Hann, menyatakan bahawa kerjasama antara Sri Ternak, ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart bertujuan menawarkan pengalaman membeli-belah berkualiti tinggi pada harga berpatutan.

“Kami yakin gabungan kepakaran ini akan menjadikan ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart destinasi utama pengguna. Kami juga berbangga memperkenalkan inovasi seperti Pandu Lalu Pengambilan Barang Pesanan dan kemudahan membeli secara borong, yang memberikan fleksibiliti kepada pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Rosyam menyifatkan ST Rosyam Mall sebagai lebih daripada sekadar pusat beli-belah biasa, sebaliknya satu mercu tanda baharu yang menawarkan keperluan seisi keluarga di bawah satu bumbung.

“Impian saya adalah membawa pengalaman membeli-belah yang bukan sekadar memudahkan pengguna, tetapi memberikan nilai tambah luar biasa. Kami mahu menjadikannya destinasi utama rakyat Malaysia yang mencari kelengkapan hidup dengan harga berpatutan dalam suasana selesa,” ujarnya.

Dalam majlis sama, Rosyam turut merasmikan pembukaan cawangan kelapan ST Rosyam Mart, yang menawarkan promosi istimewa seperti ayam seekor hanya RM0.88 sen, serta lebih 300 barangan promosi dengan harga serendah RM0.08 sen. Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah seperti kereta Proton X70, Goldbar, barangan elektronik, baucar, serta pakej Umrah percuma menerusi kempen RM1.5 Juta Ganjaran Untuk Anda.

Rosyam berbangga apabila ST Rosyam Mart berjaya disenaraikan dalam Asean Records atas pencapaiannya sebagai pasar raya borong dan runcit 24/7 pertama di Asia Tenggara. Pasar raya ini turut diiktiraf kerana inovasinya dalam menawarkan 21 perkhidmatan awam percuma, termasuk kemudahan pandu lalu yang mesra pelanggan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Mon, 10 May 2021

Izzue Islam Akui  Covid-19 Beri Hikmah Dalam Hidup, Hubungan Dan Kerjaya Menerusi Bersoal Dengan Lipton

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Izzue Islam mengakui situasi Covid-19 banyak memberi hikmah kepada beliau dalam kehidupan sehariannya menerusi Program Bersoal Dengan Lipton bersama hos, Fiza Frizzy. Izzue menjelaskan situasi Covid-19 memberi kesan kepada perniagaannya namun situasi […]

Featured Tue, 7 May 2024
Hiburan Tue, 17 Sep 2019

“Bukan Saya!” – Issey Fazlisham

Bila netizen main hentam je…

Featured Fri, 24 Apr 2020

Pelajar IPT dibenarkan pulang mulai 27 April ini

KPT akan perincikan proses susulan

Events Fri, 26 May 2023

Sold Out! Bawa Rizky Febian & Mahalini, Konsert Rossa Another Journey : The Beginning Ditambah 1 Malam Lagi

Belum puas mungkin kata yang paling sesuai digambarkan untuk penyanyi Datuk Rossa apabila dia bakal kembali ke Malaysia dalam siri konsertnya yang baru berjudul Another Journey : The Beginning yang akan berlangsung di Zepp, Kuala […]

Featured Sun, 30 Jun 2024
error: Content is protected !!