Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 20, 2024 @ 5:30pm

Alami Jangkitan Kuman, Anak Ryan Bakery Dirawat Di Hospital – “Mahu Lebih Berhati-Hati, Lebih-Lebih Lagi Ketika Orang Luar Nak Cium Anak”

Gara-gara jangkitan kuman dalam darah, anak sulung kepada pempengaruh popular Ryan Bakery, Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.

Demam dan kurang aktif sejak Selasa lalu

Menurut Ryan atau nama sebenar, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, anak lelakinya sudah mengalami demam panas dan kurang aktif sejak Selasa lalu.

“Sejak Selasa lalu, saya dah perasan anak saya kurang aktif kerana demam, batuk dan selsema. Jadi, saya terus membawa anak saya ke hospital.

Anak Ryan Bakery

Ryan Ezra merupakan anak sulung Ryan Bakery

“Namun begitu, doktor memaklumkan sekiranya demam masih tidak sembuh, dia perlu dibawa ke hospital semula untuk menerima rawatan lanjut.

“Pada mulanya, demam anak saya sudah mula kebah, namun tiba-tiba semakin teruk termasuk batuk dan kahak,” kata Ryan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by el 🕊️ (@elyia.ibrahim)

“Saya dan isteri turut mengalirkan air mata.”

Risau dengan keadaan kesihatan yang masih belum sembuh, Ryan membawa anaknya kembali ke hospital untuk dirawat.

“Sebagai bapa sudah tentu saya risaukan keadaannya kerana ini kali pertama kami melihatnya dalam keadaan yang lemah. Saya dan isteri yang melihat pun turut mengalirkan air mata.

Mohon doa orang ramai

“Doakan semoga anak saya diberi kesembuhan. Disebabkan darahnya dijangkiti kuman jadi doktor akan beri antibiotik.

“Apa yang berlaku ini akan membuatkan saya lebih berhati-hati, lebih-lebih lagi ketika orang luar mahu menciumnya. Tapi apapun saya anggap ini ujian untuk saya sekeluarga, benda nak berlaku,” katanya.

Terdahulu, Ryan mendirikan rumah tangga dengan Elyia Ibrahim pada 1 Oktober 2022 dan dikurniakan anak lelaki pada 30 Disember tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 16 Jun 2018

Tun Mahatir Got a Massive Shock After Stepping into Putrajaya

There were shredded documents and locked out computers all over!

Featured Fri, 21 Mar 2025

Hilang Beg Berjenama Mewah, Zarina Anjoulie Sedia Tawar Ganjaran Bernilai RM2,500

Zarina Anjoulie memaklumkan, dia telah kehilangan sebuah beg tangan berjenama mewah antarabangsa, Prada, pada pagi Jumaat.

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Pengusaha Kosmetik Di Luar Sana, Jom Debat!

Saya mencabar individu yang dikatakan ‘hebat’ dalam bidang berkaitan suplemen kecantikan ini membuktikan kesahihan dan keberkesanan produk yang dijual. Ayuh!

Trending Tue, 10 Nov 2020
Hiburan Wed, 21 Mar 2018

“ Kami Redha Dan Maafkan Dia,” – Datuk K

Menurut Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, beliau dan isteri sudah memaafkan individu berkenaan. “Kami reda dengan apa yang jadi dan tidak mahu menjadikan ia satu isu,” katanya.

Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Hiburan Sat, 10 Nov 2018

Pertama Kali Ke Malaysia, KARD Teringin Minum ABC

Kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu Oh NaNa dan Don’t Recall ini juga memaklumkan teringin untuk menikmati juadah tempatan yang pedas.

Hiburan Tue, 9 Jul 2019
error: Content is protected !!