Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Fatin Nurain August 21, 2022 @ 11:49am

Akui Pernah Tertekan, Hazama Berhasrat Timang Cahaya Mata Tahun Depan – “Buat Darah Saya Menyirap Juga”

Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Hazama dan isterninya, Genervie Kam berhasrat untuk menimang cahaya mata pada tahun hadapan.

Menurut Hazama, mungkin dia bersama isteri akan mencuba proses persenyawaan in vitro (IVF) dan berserah kepada Allah selain berikhtiar.

“Sebelum ini saya tenang saja dan anggap tak mengapa kita kena percaya pada ketentuan Allah. Dalam bab begini, penyerahan saya kepada Allah amat tinggi.

“Tapi berserah itu berserah juga dan dalam masa sama kena ikhtiar. Sebelum ini hanya berdoa saja. Kalau ada, adalah. Sekarang kami bercadang akan ikhtiar cara ini pada tahun depan,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Hazama menyatakan dia tidak terasa hati apabila orang bertanyakan soal anak kerana bukan tugasnya untuk menjawab.

Namun, penyanyi itu turut mengakui dia akan tertekan sekiranya ada segelintir pihak yang tidak menghormatinya dan mula memberi pendapat soal berkenaan.

“Orang yang tak tahu akan tanya dan apabila saya beritahu tiada anak, mereka akan diam tanda menghormati. Namun ia akan jadi lain apabila orang bagi pendapat itu dan ini.

“Saya melalui perkara ini dan tiada tekanan sangat untuk saya jawab. Tapi bila begitu (beri pendapat), benda ini boleh buat darah saya menyirap juga. Jika babitkan kawan rapat, mereka faham dan saya tak perlu cerita lanjut.

“Saya akan jadi tertekan apabila orang itu sengaja bertanya atas sebab tertentu, mungkin untuk jual sesuatu,” katanya.

Selain itu, Hazama juga memaklumkan bahawa isterinya pernah mengandung luar rahim pada tahun 2017 dan terpaksa membuat pembedahan tiup fallopio sebelah kiri.

“Kami dah dimaklumkan doktor kebarangkalian untuk ada anak agak susah. Saya faham umurnya dah berusia daripada saya, tapi kita ada Allah dan kalau Dia nak bagi pasti akan bagi.

“Kalau tak bagi pun pasti ada sebabnya. Saya ambil peluang ini untuk kami ‘enjoy’ dulu dan masing-masing fokus dengan karier. Apapun isteri dalam usaha buat rawatan badan untuk membolehkannya mengandung,” katanya.

Terdahulu, Hazama dan Genervie yang merupakan seorang pengarah muzik telah mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2017.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 May 2025

[VIDEO] “Jangan Kau Mimpi Aku Akan Jatuh!” – Nilam Ortiz Dah Pasang ‘Bodyguard’, Tak Hirau Kecaman Netizen

Nilam menegaskan dia tidak peduli atau terkesan sama sekali dengan kritikan

Hiburan Fri, 14 Feb 2020
Hiburan Thu, 27 Dec 2018

朱浩仁《Rain On Me》1229举办粉丝见面会

带着全新专辑《Rain On Me》回归乐坛的朱浩仁,将于12月29日(星期六)下午2时,在蕉赖Leisure Mall底层大厅举办粉丝见面会!

Trending Wed, 15 Jul 2020

Malaysia Catat 4 Lagi Kes Covid-19

Terus amalkan kebersihan dan kawalan kendiri !

Hiburan Sun, 25 May 2025

“Saya Akan Bagitahu Satu Dunia, This Is Our Movie!” – Ceddy Ang Bangga Dengan Kehebatan Ejen Ali The Movie 2

Filem Ejen Ali The Movie 2 menerima reaksi luar biasa daripada penonton dan pempengaruh tempatan!

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Jua Selepas…

Kenapa Tok Ti sebak tiba-tiba?

Hiburan Sun, 1 Dec 2019
error: Content is protected !!