Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 20, 2024 @ 10:54pm

Famili Duo 4: Bakal Bersaing Dengan 5 Pasangan Lain, Joey Daud Diumukan Sebagai Gandingan Naqiu

Artis versatil, Joey Daud diumum sebagai pasangan kepada Naqiu yang bakal bersaing dalam musim keempat program realiti berkonsepkan kekeluargaan, Famili Duo 4 (FD4) secara langsung di TV3 yang mula bersiaran malam ini.

Terdahulu, pasangan Naqiu dirahsiakan pihak produksi dan penyertaan Joey diumumkan sebaik sahaja duo itu membuat kemunculan di atas pentas untuk membuat persembahan pada konsert minggu pertama dengan lagu Akhirnya Kini Pasti dan Sinaran, nyanyian asal Anita Sarawak dan Datuk Sheila Majid.

Penyertaan Joey atau nama sebenar, Zulkifli Daud yang pernah menjadi vokalis kumpulan Exists antara 2008 hingga 2014 bakal memberi cabaran kepada lima pasangan yang sudah diumumkan TV3 dalam sidang media sebelum ini.

Lima pasangan terbabit adalah Shiha Zikir dan Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid dan Anne (adik-beradik), Didi Astillah dan Thamiera Chan (sepupu), Salma Asis dan Ayie Elham (sepupu) serta Tomok dan Sharul Kamal (sepupu).

Famili Duo 4 dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus).

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Kris Wu Signs with Universal Music Group!

Does this mean we can expect even more songs from him soon?

Featured Fri, 21 Feb 2025

“Lebih Baik Saya Terus Kerja Dari Mengejar Seperti Pengemis” – Zizan Razak

“Saya yakin orang seperti mereka tidak akan hidup tenang, kalau pun mereka kaya”- Zizan Razak

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Hiburan Tue, 31 Dec 2024

Disyaki Miliki Ganja Ketika Tunai Umrah, Pelawak Kena Tahan Di Jeddah

Seorang pelawak terkenal dilaporkan telah ditahan di Jeddah selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah.

Hiburan Fri, 17 Apr 2026
Hiburan Sun, 25 May 2025
Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sesiapa Sahaja Berhak Untuk Memberi Komen atau Pendapat

“ Setiap orang berhak memuat naik perkongsian atau melayangkan komen, dan sebagai pemerhati, dirinya juga bebas memberikan maklum balas andai ia bertujuan baik. ” Apa cerita nak tahu , jom baca

Trending Tue, 18 Aug 2020
Trending Fri, 13 Jul 2018

Pengasuh Adam Rayqal Mengaku Tidak Bersalah

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

error: Content is protected !!