Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri January 29, 2018 @ 1:32pm

Sesiapa Sahaja Berhak Untuk Memberi Komen atau Pendapat

Nama penyanyi Hafiz Hamidun kembali ‘panas’ selepas kes penceraiannya sebelum ini. Nampak gayanya ada yang tak berpuas hati dengan teguran Hafiz terhadap seorang pelakon jelita di Twitter. Ada segelintir netizen yang berpendapat Hafiz agak ‘lantang’ dalam hal ini. Dalam masa sama, Hafiz memberitahu dia takkan berhenti meluahkan pendapat atau berkongsi nasihat di laman sosial walau ada yang mempertikai sejarah rumah tangganya.
 
“ Setiap orang berhak memuat naik perkongsian atau melayangkan komen, dan sebagai pemerhati, dirinya juga bebas memberikan maklum balas andai ia bertujuan baik. “Apa kaitan antara isu perkahwinan saya yang sudah berlalu, dengan niat baik saya mahu menyuntik kesedaran kepada masyarakat supaya jangan memandang ringan terhadap dorongan membunuh diri?
 
“Teguran itu saya kongsi untuk memberi peringatan, jangan jadikan isu serius terutama bunuh diri sebagai sesuatu yang boleh menjadi gurauan. Banyak lagi perkara lain yang boleh dijadikan bahan lawak. “Ada juga yang menyelar saya kerana menegur rakan artis itu secara terbuka, bukannya melalui mesej peribadi. Gurauan itu dilakukan secara terbuka, jadi saya perlu meluahkan teguran saya juga dengan cara sama supaya mesej itu sampai kepada semua orang,” kata penyanyi yang turut dikenali sebagai komposer itu. Menurut Hafiz, tindakannya berkongsi peringatan berkenaan untuk dirinya juga.
 
“Lagipun, semuanya berbalik kepada niat, selain pada masa sama ia turut menjadi peringatan kepada saya supaya fikir dulu sebelum membalas komen yang boleh memudaratkan insan lain,” katanya kepada BH Online.
 
Sumber : BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Lebih Selesa Begini…Tasha Shilla Tolak Kontroversi

Saya mengaku tidak fikir panjang dalam membuat kenyataan sehingga memakan diri.

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Hiburan Wed, 30 Jul 2025
Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Tahniah! Dayang Nurfaizah Dan Hael Husaini

Lagu Haram nyanyian kedua-dua penyanyi hebat ini nampaknya memang mendapat tempat di hati pendengar di Malaysia kan?

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
error: Content is protected !!