Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 12, 2023 @ 12:19pm

“Permulaan Yang Baik Buat 2023” – Syukur Jalani Umrah Bersama, Peminat Gembira Shuk Sahar & Rossa Sera Berbaik Semula

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera meluahkan rasa syukurnya dapat menjalani ibadah umrah bersama suaminya sebagai permulaan di tahun baru 2023 ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih mesra disapa sebagai Sera telah memuat naik momen-momen mereka bersama ketika melakukan aktiviti ziarah di Madinah.

“Alhamdulillah, permulaan yang baik buat 2023. Dijemput sebagai tetamu Allah,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Shuk sempat mengambil hati isterinya itu dengan membuat ‘pickup line’ sewaktu berjalan di sekitar Masjid Quba.

“Apa persamaan Masjid Quba dengan dear? Masjid Quba ini adalah masjid pertama yang dibina oleh baginda Rasulullah, you adalah orang pertama yang kita bina rumah tangga bersama,” katanya.

@rossa.sera Alhamdulillah, permulaan yang baik buat 2023. Dijemput sebagai tetamu Allah💜 #fyp ♬ เสียงต้นฉบับ – tpxd_8g

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya gembira melihat pasangan itu berbaik semula.

ARTIKEL BERKAITAN: “Keputusan Bercerai Atau Tidak Selepas Balik Umrah” – Isteri Shuk Sahar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Nov 2020
Trending Fri, 9 Apr 2021

Suka ‘Modify’ Kereta & Motor, Shah Iskandar Pernah Berhabis RM1 Juta

Pelakon Shah Iskandar mendedahkan dia pernah berhabis hampir RM1 juta untuk memenuhi keinginan untuk mengubahsuai kereta dan motosikal. Menurut Shah atau nama sebenarnya, Shah Iskandar Mahfuz, 39, nilai tersebut merupakan anggaran jumlah wang terkumpul semenjak […]

Featured Sat, 11 Dec 2021

Tempoh Diskaun Saman Dilanjutkan Sehingga Rabu Ini

Jangan lupa jelaskan saman korang!

Trending Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Sun, 1 Dec 2019
error: Content is protected !!