Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 19, 2022 @ 5:15pm

“Sejujurnya Saya Agak Trauma.. Akan Cuba Perbaiki Diri..” – ‘Kelepok Raya’ Beri Kesan Mendalam Pada Aliff Syukri

“Saya insan biasa, jujurnya agak trauma dengan apa yang berlaku,” itu luahan hati usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memberi keteranga dan merakamkan percakapan berhubung isu klip muzik video Kelepok Raya yang didakwa berunsurkan LGBT April lalu.

Aliff berkata, sesi perbincangan bersama SKMM mengambil masa sehingga lima jam dan dia turut menegaskan tidak mahu mengulas lanjut mengenai perincian pertemuan tersebut.

Dalam pada itu, Aliff turut akui perkara yang terjadi itu sedikit sebanyak memberikan pengajaran dalam perjalanan karier seninya dan bisnes selepas ini.

“Saya akan cuba perbaiki diri sayalah. Sesi tersebut berjalan kira-kira lima jam. Dari pukul 10 pagi hingga 3 petang. Pengalaman pertama saya ke sana kerana isu muzik video.

“Apa pun saya berterima kasih kerana mereka melayan saya dengan baik. Ia masih lagi dalam siasatan dan saya tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan sebab risau andai tersalah cakap,” luahnya.

Usahawan kontroversi itu turut memohon maaf dan tidak menafikan tujuan lagu berkenaan dilancarkan hanya sebagai sajian hiburan semata-mata.

“Bagi saya, mereka buat siasatan kerana mereka terima aduan yang terlalu banyak. Daripada pihak saya, saya mohon maaf kepada semua pihak yang tidak senang dengan lagu atau muzik video berkenaan.

“Niat saya hanya untuk menghiburkan anda sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, Aliff seakan tidak menjangka lagu raya tersebut mencetuskan kontroversi besar dan meraih perhatian ramai pihak yang mengherdiknya.

“Saya tak janga boleh sampai ke tahap itu. Saya ingat ia hanya sekadar hiburan dan tidak ambil itu sebagai suatu yang serius.

“Apa pun, saya akui akan kesalahan saya dan Insya-Allah saya terus perbaiki diri dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: YADIM Kesal Penyebaran Video Muzik Usahawan Terkenal – “Video ini mengangkat budaya LGBT”

Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Mata Duitan..” – Chef Wan Dedah Aliff Syukri Ajar Jadi Viral Dengan Buat Content Untuk Raih Wang Ribuan Ringgit?

Artikel Berkaitan: Dikecam Teruk Kerana Lagu Raya… Aliff Syukri Mohon Maaf, Minta Netizen Jangan Salahkan Isteri & Ibunya

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Mar 2021

“Rumah Sebesar Saiz Tandas.. ” – Ebit Lew Luas Misi Bantuan Ke Afrika

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sering menjadi tumpuan ramai tatkala pelbagai masalah melanda dalam masyarakat. Beliau bukan sahaja aktif melakukan aktiviti kebajikan malah sering kali membantu golongan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa. Terbaru, […]

Hiburan Sun, 4 Feb 2024
Featured Mon, 15 Mar 2021
Hiburan Tue, 7 May 2019

Darah Keluar Dari Mulut Tanpa Henti, Nonny Nadirah Mohon Doa Peminat

Doakan Nonny sembuh & mohon tiada apa yang serius berlaku!

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Sweetnya…Wawa Zainal Hadiahkan Suami Kereta Mewah

Pelakon berusia 27 tahun itu memberi kejutan kepada suami tersayang sebagai tanda membalas kejutan yang diberikan sebelum ini.

Trending Fri, 22 Dec 2017

Pertemuan Di Dalam Grab, Sanggup Kejar

Dari Pertemuan Di Dalam Grab, Kisah Sweet Yang Terjadi Buatkan Lelaki Morocco Jatuh Cinta Dan Sanggup Kejar Wanita Ini

Hiburan Mon, 21 Apr 2025

“Dia Bukan Mata Duitan” – Anggap Seperti Sahabat, Bonda Rozita Tampil Pertahankan Isteri Aliff Syukri

Bonda Rozita anggap Shahida seperti sahabat, banyak dengar kisah duka

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Sweet! Maya Matahari Mengaku Dah Berpunya

Pelantun lagu Diari Biru ini juga memohon agar semua peminat mendoakan agar jodohnya kali ini lebih baik dan kekal selamanya.

Hiburan Sun, 17 Feb 2019

‘Billy Tunjuk Perkembangan Positif’- Lana Nodin Ucap Terima Kasih

Alhamdulillah…semoga Billy terus sihat ya. Jom doakan ramai-ramai agar si comel ini kuat!

Selebriti Thu, 27 Jul 2023
error: Content is protected !!