Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 29, 2022 @ 7:49pm

“Saya Bukan Mata Duitan..” – Chef Wan Dedah Aliff Syukri Ajar Jadi Viral Dengan Buat Content Untuk Raih Wang Ribuan Ringgit?

Susulan kes usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang tampil dengan lagu raya kontroversi berjudul ‘Kelepok Raya’ sehingga meraih perhatian pihak berkuasa, berita tersebut turut menarik perhatian pelawak Harith Iskander.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat oleh Harith, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seharusnya menyelidik kualiti lagu raya Aliff yang dikatakan teruk, selain menjalankan siasatan terhadap setiap individu di dalam muzik video yang berperwatakan lembut.

Tambah Harith, usahawan terkenal ini tidak dinafikan bijak dalam mempromosikan sesuatu perkara sehingga menjadi tular.

Susulan itu, cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan turut sempat meninggalkan komen dengan memberi satu pendedahan terbuka mengenai pesanan Aliff kepadanya semasa mereka berjumpa dahulu.

Chef Wan mendedahkan Aliff pernah mengajarnya untuk membuat content yang akan viral dan berkongsi di laman YouTube kerana ia boleh membantu menjana wang yang lumayan, meskipun menerima tohmahan yang teruk oleh netizen.

“He told me once.. ‘CW kena buat all this viral, letak YouTue. Ramai yang kutuk-kutuk pun tapi saya buat duit. You tengok cheques from YouTube bayar saya ribu-ribu (showing me the cheques)… CW banyak followers, buat saja’,” tulis Chef Wan apa yang dikatakan oleh Aliff kepadanya.

Lantas itu, Cef Wan turut membidas kenyataan Aliff dengan berkata beliau tidak mengejar harta dan wang ringgit dan menegaskan dirinya mempunyai kelas tersendiri.

“Saya jawab… ‘Abang bukan jenis gila duit or harta and cannot put myself at that level la.. if I say some thing I mean it, tak betul tak betul la.. Pi mampus la orang tak suka my views or my princips… Nak cari duit kerana sumpah di maki dek orang tak payah la Aliff.. I have class on my own.

“Others might find what I say is harsh but I also get a lot of respect from others who understand why I had to speak up! Saya cari rezeki di atas keredaan Allah bukan manusia Aliff!” tulisnya menjelaskan apa yang dikatakan kepada Aliff.

Sementara itu, dalam hantaran yang sama Aliff ada memberi respons mengenai pendapat Harith dengan menafikan dakwaan membuat content untuk pemasaran semata.

Malah Aliff, menegaskan tujuan pembikinan lagu raya tersebut adalah untuk menonjolkan bakatnya disamping menzahirkan rasa syukur kerana musik video tersebut ‘trending’.

“Assalamualaikum semua apa khabar? Janganlah awak kata marketing.. Saya hanya nak menunjukkan bakat saya sahaja awak. Terima kasih yang menghargai bakat seni suara saya alhamdulillah yang mengutuk saya maafkan, yang memuji sila tengok YouTube Kelepok Raya still no.1 trending 7 hari, syukur,” tulisnya di ruangan komen.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan media sosial Twitter, sebuah ciapan mengenai isu antara Harith, Aliff dan Chef Wan tular di Twitter sehingga kini serta meraih sebanyak 10,000 ulang ciap dan lebih 18,000 tanda suka.

Reaksi ciapan tersebut mendapati ramai dalam kalangan netizen yang menyokong cara Chef Wan, meskipun beliau adalah seorang yang lantang dalam berkata-kata.

Namun, ada juga segelintir netizen yang mengecam Aliff yang dianggap tidak pernah bersyukur dan tidak pernah rasa cukup atas kurniaan rezekinya selama ini.

Terdahulu, Aliff hadir di Ibu Pejabat SKMM untuk memberikan keterangan berhubung video lagu Kelepok Raya.

Video lagu yang menerima kecaman daripada pelbagai pihak berikutan memaparkan penari lelaki yang berperwatakan wanita dan dianggap berunsur LGBT itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan: Dikecam Teruk Kerana Lagu Raya… Aliff Syukri Mohon Maaf, Minta Netizen Jangan Salahkan Isteri & Ibunya

Artikel Berkaitan: YADIM Kesal Penyebaran Video Muzik Usahawan Terkenal – “Video ini mengangkat budaya LGBT”

Artikel Berkaitan: Lepas Dikecam Netizen, Menteri Hal Ehwal Agama Nasihat Aliff Syukri Tarik Balik Video Kontroversi

Artikel Berkaitan: “Lagu Raya Paling…” – Muzik Video ‘Kelepok Raya’ Aliff Syukri Undang Cemuhan Netizen!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Hanya Mimpi Beri Inspirasi Buat Caliph Buskers

Selamat mendengar lagu Hanya Mimpi

Hiburan Mon, 13 Dec 2021

Realisasi Impian Jadi Penyampai Dengan Hot FM Radio Star

Berminat untuk menjadi seorang penyampai radio? Hot FM baru-baru ini telah melancarkan satu kempen iaitu Hot FM Radio Star! Kempen inisiatif kerjasama di antara Hot FM dan Supercube ini bertujuan untuk mencari bakat baharu sebagai […]

Featured Mon, 19 Nov 2018

Berkhasiat Atau Tidak Makan Organ Dalaman Haiwan?

Hati, perut, usus, lidah antara jenis organ dalaman haiwan.

Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!

Featured Sat, 20 Nov 2021

“Apa Lagi Alasan Orang Muda Untuk Jadi Malas…” Atuk 68 Tahun Viral Di TikTok, Buat Grab Tampung Kos Hidup

Seorang warga emas berusia 68 tahun viral menerusi aplikasi TikTok selepas kelibatnya dirakam oleh seorang pengguna media sosial tersebut yang dikenali sebagai @danielashraf1370. Menurutnya, warga emas berkenaan yang lebih mesra dengan panggilan ‘Abang Jek’ atau […]

Featured Mon, 22 Feb 2021

Mohon Kelonggaran Rentas Daerah Di..

Kerajaan negeri Terengganu memohon pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya penduduk di negeri itu diberi kelonggaran untuk bergerak merentas daerah. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, berkata permohonan itu bertujuan memperkasakan […]

Featured Tue, 7 Feb 2023
Trending Mon, 2 Dec 2019
Hiburan Sat, 17 Mar 2018

Sherry Ibrahim Jawab Isu Pereka Pelamin FattZura

pelakon ini memuat naik kata-kata diinstagram beliau memberitahu bahawa, walaupun tiada sebarang bukti yang boleh mengesahkan insiden penggodaman akaun perancang perkahwinan terkenal itu beliau enggan memanjangkan lagi isu tersebut.

error: Content is protected !!