Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 20, 2021 @ 10:14am

“Apa Lagi Alasan Orang Muda Untuk Jadi Malas…” Atuk 68 Tahun Viral Di TikTok, Buat Grab Tampung Kos Hidup

Seorang warga emas berusia 68 tahun viral menerusi aplikasi TikTok selepas kelibatnya dirakam oleh seorang pengguna media sosial tersebut yang dikenali sebagai @danielashraf1370.

Menurutnya, warga emas berkenaan yang lebih mesra dengan panggilan ‘Abang Jek’ atau ‘Atok’ memaklumkan, dia melakukan pekerjaan sebagai penghantar makanan sejak dua bulan lalu bagi menampung kos sara hidupnya.

“Kisah sedih hari ini, aku buat grab food terjumpa dengan seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab.

“Sedih bila dia cakap dia buat grab untuk sara hidup, sebelum ni kerja bawa lori.

“Semoga atuk sentiasa dilindungi Allah SWT dan dimurahkan rezeki juga. Hati ni tengok atuk, teringat arwah atuk saya,” katanya.

Malah, menerusi perkongsian seorang lagi pengguna TikTok yang dikenali sebagai @roseabdullll, beliau berkata atuk merupakan salah seorang pelanggan kegemaran di tempatnya berkerja iaitu di Petronas cawangan Sri Hartamas.

“Apa lagi alasan orang  muda untuk bermalas-malasan dan berharap bantuan orang lain…”

Rata-rata warganet terkesan dengan semangat dan kerja kuat warga emas ini dalam meneruskan kehidupannya sehinggakan ramai yang cuba untuk menghulurkan bantuan dari segi kewangan.

Perkongsian yang dimuat pada Jumaat ini telahpun meraih 1.4 juta tontonan dan lebih 100,000 tanda suka.

@danielashraf1370 kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #sedih ♬ original sound – BrassicaOlerasia91

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 8 Jun 2024

Derita Kanser Usus Tahap Empat, Wartawan Hiburan Huzz Meninggal Dunia

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ…

Featured Mon, 30 Jan 2023
Program TV Sun, 29 Jun 2025

Karya Penuh Emosi Firdaus Rahmat, ‘Arus & Arah’ Diangkat Lagu OST Anak-Anak Mafia

Lagu ini hasil kolaborasi mantap Firdaus bersama komposer prolifik John Jeeves dan Iqie Hugh

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

Titip Rasa Syukur, Sharifah Amani Umum Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Alhamdulillah tahniah Amani & suami! Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼👶🏻

Featured Wed, 19 Mar 2025

“Bukan Niat Saya Untuk Hina Budaya & Agama” – Potong Babak Berkemban, Mimi Fly Lancar Semula MV ‘Serumpun’

Mimi Fly mengaku khilaf dan sedia menerima teguran apabila muzik video terbaharunya berjudul ‘Serumpun’ yang dilancarkan sebelum ini disalah erti.

Featured Sat, 15 Apr 2023
Featured Tue, 23 Jun 2026

“Keanggunan Seseorang Tak Terletak Pada Barangan Jenama Mewah” – Anzalna

“Barangan berjenama bukanlah pengukur keanggunan dan keperibadian seseorang” – Anzalna Nasir

LIFESTYLE Wed, 5 Dec 2018

Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Tak nak pening kepala lagi hilangkan bau durian dalam kereta apa kata cuba tips ini

error: Content is protected !!