Euforia Bola 2026
Program TV By: Salma Syahbuddin June 29, 2025 @ 4:52pm

Karya Penuh Emosi Firdaus Rahmat, ‘Arus & Arah’ Diangkat Lagu OST Anak-Anak Mafia

Penyanyi versatil Firdaus Rahmat kembali menghangatkan pentas muzik tempatan dengan single terbaharu berjudul ‘Arus & Arah’ sebuah karya penuh emosi dan kekuatan yang diangkat sebagai lagu tema rasmi (OST) untuk Tonton Original Series: Anak-Anak Mafia.

Lagu yang dibina atas elemen rock moden dengan tempo pantas ini merupakan hasil kolaborasi mantap Firdaus bersama komposer prolifik John Jeeves dan Iqie Hugh, yang turut bertindak sebagai penulis lirik.

“Lagu ini tentang perjuangan, tentang melawan arus ketika hampir putus asa.

“Saya harap ‘Arus & Arah’ dapat menjadi kekuatan kepada sesiapa yang sedang berdepan cabaran dalam hidup,” katanya.

Proses rakaman lagu ini mengambil masa hampir dua minggu dan ia satu usaha intensif yang menuntut teknik vokal bertenaga dan penghayatan mendalam.

Kata Firdaus, ‘Arus & Arah’ ini antara lagu paling mencabar dalam kerjaya rakamannya, namun sangat memuaskan dari segi hasil akhir.

Runut Bunyi Yang Padat Dengan Naratif

 ‘Arus & Arah’ bukan sekadar lagu tema, tetapi menjadi cerminan kepada konflik dan ketabahan watak utama dalam Anak-Anak Mafia.

Menurut John Jeeves, inspirasi lagu ini datang terus daripada naskhah drama yang penuh ketegangan dan perjuangan dalaman.

“Kami mahu cipta lagu yang bukan saja padan dengan mood drama, tapi juga boleh berdiri sendiri sebagai lagu motivasi yang membakar semangat,” jelas John.

Kombinasi melodi pop dan instrumen rock kontemporari menjadikan lagu ini segar, mudah diingati dan relevan untuk pasaran muzik semasa. John juga memuji Firdaus sebagai penyanyi yang memiliki kefahaman teknikal serta emosi dalam rakaman, menjadikan kolaborasi ini antara yang paling lancar dan bermakna.

 ‘Arus & Arah’  kini boleh distrim di semua platform digital utama termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube. Lagu ini juga menjadi nadi utama kepada Anak-Anak Mafia, yang ditayangkan secara eksklusif di Tonton setiap Isnin dan Khamis.

Drama tersebut dibintangi oleh barisan pelakon muda berbakat termasuk Mierul Aiman, Fitri Farok, Fariz Isqandar, Zhen Ning, dan Scha Elinnea.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Feb 2025

Pengikut Di IG ‘Meledak’ Dalam Tempoh Dua Hari, Malique Beri Bayangan Kembali Aktif Di Media Sosial

Malique buat kejutan kini muncul di media sosial selepas lama ‘menghilang’

Hiburan Mon, 16 Oct 2023

Famili Duo 3: Komedi Atas Pentas Curi Hati Penonton, Sharif & Syaiful Zero Dinobatkan Duo Terbaik!

Congrats Sharif & Syaiful! Memang best gila persembahan dorang siap dapat standing ovation tau

Featured Sun, 24 Nov 2024

Syamel ‘Move On’ Lagu Belakang Tabir Gagal Ke AJL39 – “Merajuk Sehari Dua Tu Mungkin”

Walaupun terkilan apabila lagunya berjudul Belakang Tabir gagal ke Anugerah Juara Lagu ke-39, namun penyanyi Syamel enggan terus bersedih.

Featured Fri, 8 Apr 2022
Gaya Hidup Fri, 16 Oct 2020

Kena Hina Gemuk Macam B*bi – Faizdickie Nekad Berubah, Hilang Lebih 25 Kilogram

Selebriti popular Instagram, Faizdickie hilang lebih 25 kilogram selepas merehatkan diri selama empat bulan di laman sosial. Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 32, kini muncul semula di Instagram dan tampil dengan […]

error: Content is protected !!