Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 24, 2024 @ 11:37am

Syamel ‘Move On’ Lagu Belakang Tabir Gagal Ke AJL39 – “Merajuk Sehari Dua Tu Mungkin”

Walaupun terkilan apabila lagunya berjudul Belakang Tabir gagal ke Anugerah Juara Lagu ke-39, namun penyanyi Syamel enggan terus bersedih.

Katanya, sebagai seorang penyanyi dia meletakkan harapan yang tinggi untuk lagu tersebut berentap di pentas berprestij itu, bagaimanapun terpaksa akur dan percaya pada rezeki yang ditetapkan Tuhan.

“Sebagai penyanyi tentu kita meletakkan harapan tinggi untuk tersenarai dalam AJL39. Tetapi, saya tidak membiarkan rasa sedih itu terlalu lama.

“Bohong kalau saya kata tidak rasa sedih. Pastilah saya berasa sedih apabila mengetahui lagu itu tidak tersenarai,” katanya kepada pemberita.

Mengaku ia merupakan asam garam sebagai anak seni, Syamel tidak menyalahkan mana-mana pihak terutamanya juri sekaligus berjanji akan terus berkarya dalam menghasilkan lagu berkualiti.

“Saya percaya dengan rezeki Allah dan takkan putus asa terus berkarya menghasilkan lagu berkualiti dan terbaik pada masa akan datang.

“Saya juga tidak menyalahkan pihak juri mahupun menafikan keputusan yang dibuat. Saya berlapang dada dan anggap impian untuk sertai AJL39 tidak berpihak kepada saya.

“Saya dengan Edry memang rapat, tetapi dia sangat profesional dan memberikan kata-kata semangat. Sebaik saja keputusan keluar, Edry cakap dengan saya yang semua ini adalah rezeki.

“Merajuk sehari dua itu mungkin, tetapi tidaklah sampai tak mahu lagi masuk bertanding AJL pada masa akan datang. Lagipun saya tidak menafikan pentas AJL ini juga yang banyak membantu melonjakkan nama seperti sekarang,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syameel Aqmal (@syamel_official)

 

Disoal mengenai tindakan isterinya yang juga penyanyi, Ernie Zakri terhadap kenyataan yang dimuat naik di media sosial sebelum ini, Syamel menjelaskan dia bersikap terbuka dengan pandangan isterinya itu.

“Kadangkala kita rasa lagu itu besar, tetapi orang lain fikir biasa saja. Lagi pun pada saya lagu ini bersifat subjektif,” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi popular Anuar Zain juga meluahkan rasa kecewanya apabila lagu nyanyian Syamel itu tidak berjaya ke AJL39.

Meskipun menganggap lagu tersebut dipersembahkan dengan bagus dan menjadi antara lagu bergenre balada yang terbaik, namun pelantun lagu lelaki Ini itu reda dengan keputusan juri profesional.

ARTIKEL BERKAITAN:Ernie Zakri Kecewa ‘Belakang Tabir’ Milik Syamel Gagal Mara Ke AJL 39 – “Kita Kehilangan Satu Lagu Bagus…”

ARTIKEL BERKAITAN:Anuar Zain Kecewa Lagu ‘Belakang Tabir’ Gagal Mara Ke Final AJL39 – “Lagu Tu One Of The Best Ballad Song Untuk Tahun Ni”

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 May 2018

Nak Tengok Gelagat Sajat Rekod Album Makhluk Penggoda?

Produksi bagi penerbitan lagu juga mengakui bahawa Sajat melakukan yang terbaik semasa sesi rakaman beliau pada kali ini. Kalau nak tahu, baik tak baik Sajat membawakan lagu Makhluk Penggoda ni, kenalah tengok Nur Sajat Rated Xtra!

Featured Fri, 18 May 2018

Nazim Othman, Bella Dally Umum Penceraian Pada Ramadan Pertama

Pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally sah bercerai dan membuat pengumuman itu di saat umat Islam sedang menyambut Ramadan pertama.

Trending Wed, 23 Sep 2020
Hiburan Wed, 12 Sep 2018

#ABPBH31; Tahun Ketiga Tercalon, Abam Terkejut?

Suami kepada Siti Nurhidayah Mohd Ali ini juga meluahkan rasa syukur kerana masih mendapat sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi.

Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Hiburan Sun, 16 Nov 2025

DFP, Petrosains Anjur KL Seni & STEM Festival 2025 Percuma di KLCC Park

Orang ramai dijemput menyertai KLSSF 2025 dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada 21 hingga 23 November 2025.

Trending Fri, 31 Jan 2020
Featured Sun, 29 Jun 2025
error: Content is protected !!