Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie October 16, 2023 @ 3:24pm

Famili Duo: Tak Boleh Lawan Vokal, Adam & Ryan Bakery Pertaruhkan Kreativiti & Persembahan… Tak Sangka Jadi Top 3 Minggu Pertama

Pasangan adik beradik pempengaruh media sosial, Ryan Bakery dan Adam Bakery mengaku mereka tidak mempunyai vokal yang hebat namun mempertaruhkan kreativiti dan kualiti persembahan di Famili Duo 3.

Mencuba yang terbaik untuk menghiburkan penonton, Ryan dan Adam berada di kedudukan Top 3 usai konsert mingguan pertama Famili Duo 3 semalam.

“Takkanlah nak lawan vokal, kami memang tidak boleh bersaing vokal sekiranya dibandingkan dengan peserta hebat lain seperti Haqiem Rusli, Adira Suhaimi dan Shila Amzah. Jadi, kita ‘tangkap’ persembahan dan kita tambah kreativiti. Biarpun kami berdua bukan penyanyi, kami akan memastikan kehadiran kami memberi saingan sengit.

“Kami juga ada menghadiri kelas vokal untuk mendalami cara nyanyian. Adik saya, Adam gemar menyanyi ketika siaran langsung di media sosial. Orang katakan suara Adam sedap, jadi kita cuba sertai Famili Duo. Menerusi pertandingan ini, Adam dan saya juga dapat belajar benda baharu,” kata Ryan kepada XTRA.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryan Bakery (@ryanfahmibakery)

Mengulas mengenai komen duo keenam, Sharif dan Syaiful Zero yang merasakan diri mereka sebagai pencabar, Ryan dan Adam mempunyai pendapat berbeza.

“Kami melihat kehadiran mereka sebagai penguat semangat. Masing-masing merupakan pelawak. Mungkin mereka rasa tercabar, kami pula rasa dia penyambung semangat kami.

“Peserta lain semuanya penyanyi, bila dapat tahu Shahir dan Syaiful Zero adalah duo keenam, kami rasa sangat seronok dan tak sabar untuk sama-sama berjuang dalam Famili Duo,” kata Adam.

Terdahulu, mengimbas perjalanan minggu pertama malam tadi, Ajai dan Mas Idayu selaku juri memuji kesanggupan pasangan adik-beradik tersebut yang tampil kreatif dengan menyanyikan lagu Santai nyanyian asal Faizal Tahir dengan membawakan karakter mereka sendiri dalam persembahan.

Selain Ryan dan Adam, Famili Duo 3 kali ini menampilkan Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (Duo Sepupu), Tom dan Fuad Rahman (Duo Suami Isteri), Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (Duo Adik Beradik), Shahir dan Syaiful (Duo Adik Beradik) dan Shila Amzah dan Syahir (Duo Adik Beradik).

Sementara itu, Ajai dan Mas Idayu masih kekal sebagai juri manakala Izzue Islam dan Janna Nick terus diberi kepercayaan sebagai pengacara.

Untuk info, duo juara mingguan bakal memenangi hadiah bernilai RM10,000 pada tujuh episod pertama manakala finalis di pentas akhir Famili Duo berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim secara HD hanya di Tonton

Artikel berkaitan : Keluarkan Produk ‘The Palestine’, Naim Daniel Tempelak Jenama Vivy Yusof? – “Dua-Dua Opportunist”

Artikel berkaitan : Buat Kelainan, Ryan Bakery Tampil Dengan Lagu Raya Gandingan Bersama Andi Bernadee

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Amylea Panik Sebab AJL33?

All the best buat Amylea dan Kaer di pentas AJL33 nanti!

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Tahniah! Nabil Ahmad Bakal Dapat Anak Ketiga

Isterinya, Zira Ayub disahkan hamil di mana berita gembira tersebut diumumkan menerusi laman Instagram milik pasangan ini semalam.

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Featured Tue, 26 May 2026

Neelofa Berhasrat Bawa Bilal & Abbas Tunai Haji Bersama, Impi Pergi Banyak Kali – “Moga Allah Kabulkan”

Neelofa berkongsi momen bersama pengikutnya ketika dia dan keluarga menunaikan ibadah haji sekitar tahun 2019.

Hiburan Sat, 17 May 2025

Elisya Sandha Timang Bayi Lelaki, Pilih Nama Bahtera Elhaq

Elisya Sandha selamat melahirkan anak lelaki pada Jumaat

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

“Panggil Saya Lola” – Wan Sharmila

Lala ke Lola ke, dua-dua pun comel!

Featured Thu, 24 Aug 2023

‘Backup’ Suami Isu Poligami, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Beri Respons Padu

Kita doakan je lah yang baik-baik eh😔 Benda dah jadi, nak bising pun tak berguna!

Hiburan Tue, 6 Feb 2024

Izzue Islam & Forteen Bersatu Kembali Dalam ‘Noktah Epilog Cinta’

Ini bukan berdua bersatu dah ni, ini berempat bersatu!

error: Content is protected !!