Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 28, 2024 @ 6:04pm

Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Siti Khadijah Antara Pelapis Berbakat, Nazim Othman Kagum Dengan Pelakon Baru – “Mereka Lebih Bersedia Dari Saya”

Pelakon, Nazim Othman berpendapat isu buli itu sebagai satu perkara yang subjektif, ianya bergantung kepada bagaimana seseorang pelakon itu mendefinisikan buli.

Ketika ditemui XTRA, Nazim berkata dia tidak pernah berdepan isu buli atau makian sepanjang bergelar anak seni.

“Masa awal-awal saya berlakon tak pernah kena carutan atau makian, tetapi marah tu ada cuma adakah saya anggap itu buli? Tidak, lebih kepada mengajar,” katanya.

Nazim berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

Mengulas lebih lanjut, Nazim memuji pelakon baharu seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Siti Khadijah yang dikatakan antara pelapis pelakon bagus.

“Pelakon baru sekarang bagus, saya cakap ni pun meremang. Masa awal-awal dulu saya pun tidak sebagus mereka.

“Bagi saya, mereka ada potensi cuma perlu fokus lebih dan beringat, industri hiburan bukan untuk ‘glamour’. Kena betulkan niat itu setiap hari.

“Berdasarkan pengalaman saya bekerja denga pelakon baru, saya kagum. Contohnya seperti Nadhir, Mierul Aiman dan Siti Khadijah.. mereka lebih bersedia dari saya, saya bangga dengan mereka,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Nazim kini tampil dengan naskah slot Samarinda Jadikan Aku Bidadari bersama pelakon Alya Iman, Farah Nabila dan Zaefrul Nordin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 30 Jan 2019

Lazada Leng Chais and Dates Liven Up Old Folk’s Home in Conjunction with CNY

The group of youths brought much joy and fun to the Home.

Hiburan Fri, 23 Mar 2018

Aktif Menyanyi Bukan Petanda Hilang Suami

Akui wanita berusia 41 tahun ini, dia dan suaminya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad masih lagi bersama.

Hiburan Fri, 10 Dec 2021

Saksikan Live Streaming 2021 Mnet Asian Music Awards (2021 MAMA) Selama 7 Jam Di tonton!

Peminat-peminat muzik K-Pop di Malaysia bertuah tahun ini apabila mereka dapat menyaksikan siaran langsung anugerah berprestij dunia, 2021 Mnet ASIAN MUSIC AWARDS (2021 MAMA) secara strim langsung dalam definisi tinggi (HD) menerusi tonton. Ramai tertanya-tanya […]

Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Nick Jonas Ganti Adam Levine Dalam THE VOICE 2020!

Nampaknya, persaingan agak sengit dalam The Voice musim terbaharu ni.

Featured Wed, 13 Jul 2022

“Isteri Boleh Cari Tapi Mak…”- Fikry Ibrahim Sebak Kongsi Perihal Ibu, Percaya Duit Tak Boleh Beli Kebahagiaan

Allahu! Min pun sebak… Moga ibu Fikry diberikan kesembuhan segera insyaAllah♥

error: Content is protected !!